Jumlah Pelancong Terus Merosot, 23 Agensi Pelancongan Di Langkawi Kini 'Gulung Tikar' );

Type to search

Backpackerz Isu

Jumlah Pelancong Terus Merosot, 23 Agensi Pelancongan Di Langkawi Kini ‘Gulung Tikar’

Share
Langkawi

Industri pelancongan adalah salah satu industri yang paling terkesan ketika musim Covid-19 akibat penutupan sempadan negara dan beberapa siri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Di Langkawi, sebanyak 23 agensi pelancongan menutup operasi dengan tidak memperbaharui lesen pengendali pelancongan berikutan kehadiran pelancong yang semakin merosot.

langkawi

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, penguatkuasaan larangan rentas negeri menyebabkan kehadiran pelancong semakin merosot justeru agensi pelancongan terbabit mengalami kerugian.

“Sepanjang tempoh larangan rentas negeri berkuat kuasa, sebahagian besar pelancong di pulau ini merupakan penduduk di negeri ini sahaja.

“Namun, jumlah pelancong terus merosot selepas lima da­erah di negeri ini pula dikenakan perintah PKP,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lima daerah di Kedah yang dikenakan PKP adalah Alor Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim.

Tambahnya setakat ini hanya 113 agensi pelancongan yang masih bertahan walaupun dalam ke­adaan tenat, tetapi beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak akan turut gulung tikar jika PKP terus dilanjutkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Keadaan lebih parah sekiranya agensi terbabit tidak mendapat sebarang bantuan kewa­ngan pada sepanjang tempoh pandemik ini.

“Malah kesemua agensi yang telah ditutup itu didapati tidak mendapat bantuan geran bantuan khas kepada agensi pelancongan berjumlah RM3,000 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa),” katanya. Langkawi

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!