AirAsia Sambut 2021 Dengan Jualan Cuti-cuti Malaysia, Tawar Tiket Serendah RM12 - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

AirAsia Sambut 2021 Dengan Jualan Cuti-cuti Malaysia, Tawar Tiket Serendah RM12

Avatar
Share
AirAsia

Sempena tahun baru, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menawarkan diskaun Cuti-Cuti Malaysia 2021 bagi menggalakkan sektor pelancongan domestik.

Orang ramai berpeluang mendapatkan tawaran tempahan tempat duduk percuma dan tambang serendah RM12 bermula 4 sehingga 10 Januari ini di platform airasia.com dan aplikasi mudah alih.

Tawaran tersebut sah untuk tempoh penerbangan antara 11 Januari 2021 dan 30 Oktober 2021.

Ahli BIG boleh mengumpul hingga lima kali ganda BIG Point untuk setiap tempahan hotel dan boleh memilih untuk membayar menggunakan BIG Point, manakala pengguna BigPay boleh membuat pembayaran mudah dan selamat dengan ciri ‘One-Click’ menggunakan Kad BigPay.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata 2021 adalah babak yang baru dan AirAsia bersedia untuk terbang kembali.

“Bagi menyokong inisiatif Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia untuk mempromosikan pelancongan domestik, jualan Big Sale airasia.com pastinya menawarkan tawaran perjalanan dengan nilai terbaik untuk semua.

“Terdapat banyak lagi tempat di Malaysia untuk diterokai, daripada alam semulajadi, warisan, budaya, bandar moden, makanan dan banyak lagi, jadi mari rebut peluang ini untuk meneroka tanah air kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memberi jaminan bahawa kepada orang ramai bahawa AirAsia mengamalkan prosedur kesihatan dan kebersihan yang ketat bagi setiap penerbangannya untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!