AirAsia & Ormond Group Tawar Penerbangan Percuma serta Diskaun Hotel Kepada "Frontliners" Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Editor

AirAsia & Ormond Group Tawar Penerbangan Percuma serta Diskaun Hotel Kepada “Frontliners”

Share
  • AirAsia menyokong usaha Ormond Group; menawarkan penginapan percuma kepada frontliners HKL.
  • AirAsia menawarkan penerbangan percuma ke destinasi domestik di Semenanjung Malaysia.
  • The Chow Kit Hotel, Momo’s & Tune memberikan diskaun 30% kepada semua petugas barisan hadapan.

Semangat #InThisTogether semakin membara.

AirAsia telah bekerjasama dengan Ormond Group dan menawarkan penerbangan percuma kepada petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum ini, Ormond Group telah menawarkan penginapan percuma buat mereka bergelar ‘frontliners’ di Tune Hotels PWTC sepanjang 45 hari lalu.

AirAsia
Foto - Charles Pertwee/Bloomberg

AirAsia menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan HKL yang bertungkus lumus menjaga Malaysia daripada wabak COVID-19.

Ormond Group akan turut menawarkan penginapan satu malam percuma kepada petugas kesihatan yang sama di hotel terkemuka miliknya The Chow Kit-An Ormond Hotel.

Selain itu, diskaun 30 peratus kepada semua frontliners – petugas kesihatan, anggota polis dan tentera yang terbabit sepanjang COVID-19 untuk menginap di mana-mana hotel milik Ormond Group.

Ormond Group mempunyai tiga jenama hotel yang cukup unik iaitu Ormond Hotels, Momo’s KL dan Tune Hotel.

Selepas pasca COVID-19, anda boleh menginap di hotel-hotel ini sebagai tanda sokongan! Layari Ormond Group Hotel untuk maklumat lanjut. 

The Chow Kit
Stay at Momos, KL
Tune Hotel, PWTC, KL
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!