AirAsia Perkenalkan Caj 'Check-In' Melalui Kaunter, Ini 7 Negara yang Dikenakan Bayaran - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Airlines Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

AirAsia Perkenalkan Caj ‘Check-In’ Melalui Kaunter, Ini 7 Negara yang Dikenakan Bayaran

Share
air asia
  • Caj daftar masuk akan dilaksanakan AirAsia untuk menggalakkan penggunaan kiosk tanpa sentuhan.
  • Kemudahan daftar masuk sendiri amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara pelanggan ketika pandemik Covid-19.
  • AirAsia merupakan salah satu syarikat penerbangan pertama yang membolehkan laporan ujian polymerase chain reaction (PCR) dipaparkan di laman web.
  • Featured image – Reuters

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin atas keprihatinan sambungan PKPP ini.

Norma baharu akan digunapakai sehingga hujung tahun. Jadi, kita harus menyesuaikan diri dengan pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal di tempat awam.

Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri di lapangan terbang menjadi prosedur penting bagi mengurangkan kontak fizikal.

Pembasmi kuman digunakan pada semua permukaan dalam kabin pesawat AirAsia

Hari ini AirAsia telah mengumumkan pelaksanaan caj daftar masuk melalui kaunter di beberapa buah negara serta bandar terpilih.

Setiap tetamu akan dikenakan caj sebanyak RM20 (domestik) dan RM30 (antarabangsa) berkuat kuasa 1 September 2020.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu membayar caj ini apabila mendaftar masuk menerusi website AirAsia.com, aplikasi mudah alih atau kiosk di lapangan terbang.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Javed Malik, respons yang diberikan bagi penggunaan perkhidmatan daftar masuk sendiri amat baik.


“Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan kami. Dalam dua bulan lepas, beribu-ribu tetamu yang melakukan perjalanan penting telah menggunakan prosedur perjalanan tanpa sentuhan kami.”


AirAsia
Langkah keselamatan & sekuriti tambahan untuk kesejahteraan & keselamatan para tetamu serta kakitangan

Inisiatif tersebut merupakan langkah keselamatan serta sekuriti tambahan demi kesejahteraan dan keselamatan para tetamu termasuk kakitangan.

Tambahnya lagi, pelaksanaan caj daftar masuk melalui kaunter adalah pendekatan yang menggalakkan penggunaan teknologi digital yang menelan belanja besar.

Disamping itu, langkah tersebut menyokong dan meningkatkan kecekapan operasi serta memudahkan para tetamu.

Pengecualian caj daftar masuk melalui kaunter akan diberikan kepada tetamu kurang mobiliti, Premium Flex atau Premium Flatbed, tetamu yang terjejas oleh gangguan penerbangan atau gangguan kiosk di lapangan terbang serta beberapa pengecualian lain.

Premium flatbed
Premium flatbed

Berdasarkan semakan penulis, caj daftar masuk yang dikenakan AirAsia jauh lebih rendah berbanding Ryanair (European budget airline) dan Spirit Airlines (US low-cost carrier).

Anda boleh rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut berkenaan caj daftar masuk AirAsia. Inilah new norm yang perlu kita fahami dan membiasakan diri dengan cara perjalanan baharu. Jom Cuti-Cuti Malaysia!

Caj daftar masuk melalui kaunter (domestik/antarabangsa)

  1. Malaysia
  2. Vietnam
  3. Brunei
  4. Kemboja
  5. Laos
  6. Taipei, Taiwan
  7. Kaohsiung, Taiwan
  8. Honolulu, Hawaii

Lima tarikan menarik & unik di pasar terapung pertama di Malaysia – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!