AirAsia Sambung Penerbangan KL-Singapura, 4 Perkara Pelancong 'Laluan Hijau' Perlu Tahu Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Airlines Pilihan Backpackerz

AirAsia Sambung Penerbangan KL-Singapura, 4 Perkara Pelancong ‘Laluan Hijau’ Perlu Tahu

Share
  • Perjalanan rentas sempadan yang dibenarkan melibatkan skim Laluan Hijau Timbal Balik atau Reciprocal Green Lane (RGL).
  • Penumpang diminta semak kelayakan & keperluan penerbangan mereka sebelum berlepas.
  • AirAsia akan terus mengkaji kesesuaian bagi memperkenalkan lebih banyak frekuensi penerbangan melibatkan kedua-dua negara.

Seperti sedia maklum, Malaysia dan negara jiran, Singapura telah bersetuju membenarkan perjalanan rentas sempadan sejak 17 Ogos.

Kelonggaran sekatan buat individu yang berstatus RGL dilihat mampu merancakkan semula ekonomi dan beri manfaat dalam pelbagai aspek.

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia bagi 11 tahun, AirAsia kembali meneruskan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura semalam.

AirAsia
Foto - Charles Pertwee/Bloomberg

Ia membolehkan perjalanan merentas sempadan bagi tujuan pelancongan dan urusan rasmi berikutan pelaksanaan skim laluan hijau timbal balik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, inisiatif kedua-dua negara ini menerusi RGL merupakan langkah terbaik menuju pemulihan ekonomi.


“Both countries have taken relentless efforts and strict discipline in containing the spread of COVID-19, and the RGL is a first step towards reviving the economy, especially for those who have essential travel needs between both countries”


AirAsia berharap dapat melihat lebih banyak ‘Zon Perjalanan’ dan akses ‘Laluan Hijau’ diantara negara-negara dengan kadar jangkitan rendah.

Sistem pembendungan pandemik COVID-19 dalam pesawat terbukti mampu dilakukan bagi memenuhi keperluan perjalanan udara.

AirAsia mengamalkan prosedur kesihatan dan kebersihan yang ketat di dalam pesawat serta di lapangan terbang sebelum atau selepas tetamu melakukan perjalanan.

Semua penumpang diingatkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dan mengikuti langkah-langkah pencegahan untuk perjalanan penerbangan yang selamat.

Semoga AirAsia akan terus berjaya melakar nama di ruang udara setelah sekian lama ‘gergasi merah’ menyepi disebalik awan biru.

4 Panduan Pelancong/Penumpang RGL

  • Penumpang perlu tahu keperluan perjalanan yang ditetapkan kedua-dua negara di bawah skim RGL.
  • Para tetamu perlu menyediakan semua dokumen perjalanan sebelum tiba di lapangan terbang.
  • Untuk menjamin kelancaran prosedur daftar masuk, periksa setiap dokumentasi & lengkapkan sebelum menaiki pesawat.
  • Semua pelanggan perlu semak kelayakan mereka sebelum berlepas mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Boleh layari halaman AirAsia Travel Requirements untuk maklumat lanjut.
  • *Untuk kemudahan tambahan, penumpang boleh mendapat faedah perlindungan COVID-10 dengan Tune Protect AirAsia Travel Protection.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!