AirAsia Super Sale Kembali Dengan Tawaran Hebat Bermula RM1.99! - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

AirAsia Super Sale Kembali Dengan Tawaran Hebat Bermula RM1.99!

Avatar
Share

AirAsia semalam melancarkan jualan murah airasia.com Super Sale kedua yang menawarkan penjimatan hebat serendah RM1.99 sehingga 22 November ini.

Jualan murah Super Sale yang pertama kali dilancarkan pada bulan lalu adalah untuk menggantikan jualan ‘Tempat Duduk Percuma’ AirAsia yang popular sebelum ini.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Aplikasi airasia.com menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk produk segar, bahan makanan, penghantaran makanan, produk pelancongan & gaya hidup, perkhidmatan mesra Muslim, dan pakej kesihatan & kesihatan.

airasia.com boleh diakses melalui laman web atau aplikasi telefon bimbit dan pelanggan boleh menggunakan BigPay Checkout untuk pembayaran yang lebih lancar.

Pengguna dapat menikmati potongan hingga 50% dari peniaga terpilih di airasia Fresh dengan cas penghantaran RM1. Pengguna juga boleh menikmati potongan 50% dari peniaga terpilih melalui airasia Food.

Selain potongan harga, pelanggan juga boleh memperoleh tiga kali ganda ‘BIG Points’ apabila membayar dengan kad kredit AirAsia.

[Gambar: Facebook AirAsia]

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com Karen Chan berkata: “Sejak pelancaran airasia.com pada bulan Oktober, kami terus memperluaskan jangkauan pasaran dan mempelbagaikan rangkaian produk kami di serata wilayah (Asean).

“Kami baru-baru ini melancarkan AirAsia Unlimited Pass di Filipina, Thailand dan Indonesia, dan memperkenalkan airasia Health di Malaysia – platform yang menyediakan perkhidmatan perubatan end-to-end,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan penyedia teknologi, peniaga dan pembekal bagi mengukuhkan paltform e-dagangnya di rantau ini

“airasia.com Super Sale kali ini menawarkan tawaran yang lebih menarik kerana kami telah menambah lebih banyak produk dan peniaga. Melalui Super Sale ini kami dapat membantu menghidupkan kembali banyak perniagaan yang terjejas akibat pandemik,” jelas Karen.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!