AirAsia Tawarkan "Pakej Kombo" Melalui Kerjasama Dengan Hotel Hotel Tempatan - Verst Backpackerz

Type to search

AirAsia Tawarkan “Pakej Kombo” Melalui Kerjasama Dengan Hotel Hotel Tempatan

Backpackerz AirAsia Airlines Stay In

AirAsia Tawarkan “Pakej Kombo” Melalui Kerjasama Dengan Hotel Hotel Tempatan

Share

AirAsia meneruskan usaha untuk memacu industri pelancongan domestik melalui kerjasama secara terus dengan hotel-hotel tempatan untuk menawarkan harga terbaik dengan penjimatan lebih besar melalui SNAP, platform tempahan kombo penerbangan dan hotel.

Tempah melalui SNAP, terbang dan tinggal dengan harga serendah RM139* dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (Le Embassy Hotel) RM199* dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur (The Chow Kit – an Ormond Hotel), RM299* dari Kota Kinabalu ke Sandakan (Sabah Hotel) dan banyak lagi.

Jualan ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 16 Jun sehingga 21 Jun 2020 untuk perjalanan antara 15 Julai dan 30 November 2020.

SNAP memanfaatkan rangkaian luas AirAsia di lebih 160 destinasi, dengan laluan unik dan eksklusif, untuk memberikan harga penerbangan terbaik, sambil bekerjasama secara terus dengan hotel-hotel tempatan untuk menawarkan nilai terbaik.

Tawaran ini memberikan faedah secara langsung kepada para pengguna dengan kemudahan dan penjimatan yang lebih besar serta pakej yang berpatutan, seterusnya mempercepatkan pemulihan pelancongan domestik.

Pada masa yang sama, rakan kongsi hotel juga dapat memanfaatkan ekosistem AirAsia yang merangkumi pengunjung yang tinggi di laman airasia.com, pangkalan data penumpang, titik jualan yang pelbagai, dan kempen pemasaran strategik dan kreatif yang memfokuskan kepada destinasi menarik. Semuanya berdasarkan pengalaman luas syarikat penerbangan ini dalam industri pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan hotel-hotel tempatan melalui SNAP yang menawarkan cara perjalanan baharu. Kini anda tidak perlu lagi membandingkan harga dari 10 laman web berlainan kerana tempahan penerbangan dan hotel yang mudah dan dijamin dengan nilai terbaik boleh didapati dengan hanya beberapa klik. Ini selari dengan usaha AirAsia untuk menyokong industri pelancongan, yang terkesan dengan pandemik terkini.

AirAsia berbesar hati untuk memainkan peranan kami dalam merancakkan sektor pelancongan domestik dengan kempen ini yang menawarkan kombo penerbangan dan hotel dengan nilai yang tiada tandingan. Jadi, tempahlah melalui SNAP untuk perjalanan anda dengan kami.”

Hotel-hotel yang tersedia melalui SNAP merangkumi hotel yang bertaraf 3 hingga 5 bintang, seperti The Chow Kit – An Ormond Hotel, MoMo’s Kuala Lumpur, Tune Hotels, Lexis Port Dickson, Vouk Hotel Suites dan banyak lagi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!