AirAsia: Update Terkini Had Bagasi Kabin & Berat yang Dibenarkan - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Airlines Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

AirAsia: Update Terkini Had Bagasi Kabin & Berat yang Dibenarkan

Share
  • Peruntukan baharu untuk bagasi kabin berkuatkuasa mulai 7 Julai 2020.
  • Penumpang dibenarkan dua “Cabin Baggage” (bagasi kabin) berat keseluruhan tidak melebihi 7kg.
  • Pembelian bagasi kabin lebih daripada had atau naik taraf boleh dilakukan sehingga 4 jam sebelum flight.

Sebelum ini tular berkenaan video penumpang yang terkandas gara-gara masalah bagasi (luggage bag) miliknya tidak dibenarkan dibawa naik ke kabin.

Menerusi video tersebut, polisi baru dikatakan hanya bag pack sahaja dibenarkan dibawa masuk ke kabin manakala luggage bag kena check-in.

Bagi mencerahkan keadaan, lebih baik kita sama-sama kekal tenang dan baca informasi terkini dari pihak AirAsia.

AirAsia cabin bag
Nasihat perjalanan AirAsia

Berikutan pembukaan semula pelancongan domestik serta sokongan rakyat Malaysia, sektor penerbangan serta percutian kembali rancak.

Berita baik untuk dikongsikan! AirAsia telah mengemas kini elaun bagasi kabin berkuatkuasa 7 Julai 2020, di mana penumpang kini dibenarkan membawa dua (2) bagasi kabin yang berat keseluruhan tidak melebihi 7kg.

Satu (1) beg kabin bersaiz tidak melebihi 56cm (Ketinggian) x 36cm (Lebar) x 23cm (Panjang) atau ukuran maksimum 115cm dan muat untuk disimpan di ruangan simpanan atas dalam kabin pesawat.

Satu (1) beg komputer riba atau satu (1) beg kecil tidak melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang) atau ukuran maksimum 80cm dan pastikan beg ini boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan anda

AirAsia Luggage Bag
Is your cabin bag fit to fly?

Cuti-Cuti Malaysia

Jadi, anda rancang dan atur proses percutian anda sebaiknya. Takkan pasal isu luggage bag kita dah tak nak melancong atau fly dengan AirAsia.

Teruskan sokongan anda untuk pacu semula sektor penerbangan serta pelancongan tempatan pasca COVID-19 ini. 

Anda boleh naik taraf had beg dengan membuat pra-tempahan atau dalam talian sehingga 4 jam sebelum waktu penerbangan.

Penumpang disarankan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang, sekurangnya 3 jam sebelum pelepasan supaya tak tertinggal flight.

Ingat, proses saringan kesihatan akan dilakukan dan mengambil masa. Untuk maklumat terkini mengenai polisi bagasi kabin, sila klik di sini.


Nak variasi info terkini percutian? Klik & follow twitter BackPacker!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!