AirSial Pakistan Akan Beroperasi Tahun Depan
Share

Penerbangan pertama AirSial menggunakan pesawat Airbus A320 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi dari Amerika Syarikat pada Ahad lepas.
Syarikat penerbangan swasta Pakistan ini dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada tahun depan.
Jadual asal penerbangan pertama AirSial ditetapkan pada Jun 2020 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana penularan COVID-19 yang semakin meningkat.
Operasi penerbangan AirSial merupakan satu dari tiga unit pesawat iaitu A320-200 yang dipinjam daripada AerCap.
Syarikat AerCap adalah sebuah syarikat pesawat bebas terbesar di dunia berpangkalan di Dublin, Ireland.
Untuk masa sekarang, penerbangan AirSial hanya melibatkan di bandar utama Pakistan seperti Islamabad, Karachi dan Lahore.
Pesawat ini juga merancangan untuk meluaskan lagi rangkaian penerbangan ke negara luar seperti Arab Saudi, UAE, Bahrain, Qatar dan Malaysia.