Akibat Penutupan Sempadan, Banyak Money Changer Di Johor Hampir Gulung Tikar Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Akibat Penutupan Sempadan, Banyak Money Changer Di Johor Hampir Gulung Tikar

Share

Dalam musim pandemik ini, industri pelancongan khususnya pasti merasai kesan yang amat teruk akibat pelbagai kekangan dan sekatan yang dikuatkuasakan bagi menyekat penularan wabak yang sedang melanda.

Sekatan pelancongan sama ada di dalam atau ke luar negara membuatkan banyak perniagaan atau industri lain turut terjejas sama seperti industri penerbangan dan agen pelancongan.

Namun, terdapat satu perusahaan yang ramai tidak sedar turut terkesan akibat sekatan terhadap industri pelancongan, iaitu perusahaan pengurup wang atau money changer.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), pengusaha premis pengurup wang di negeri selatan, Johor bagaikan hidup segan mati tak mahu akibat ketiadaan pelanggan disebabkan penutupan sempadan Malaysia-Singapura.

Ketika tinjauan dilakukan, ada premis yang tutup dan mengehadkan waktu operasi berikutan ketiadaan pelanggan.

Menurut salah seorang pengusaha premis, sekatan perjalanan antara Malaysia dan Singapura menyebabkan pelanggan di premisnya berkurang dan paling dirasai adalah pada hujung minggu.

“Sejak Mac, memang jumlah pelanggan turun. Kebiasaannya orang kita (rakyat Malaysia) yang bekerja menaiki motosikal singgah pada waktu pagi sebelum masuk ke Singapura dan petang selepas pulang bekerja untuk menukar mata wang.

“Sekarang, bukan pekerja sahaja yang tiada, malah pelancong dan warga Singapura pun tidak ada datang ke premis ini, macam mana mahu berniaga?. Kalau rugi itu jangan cakap, tetapi terpaksa bertahan,” katanya kepada FMT.

[Sumber: FMT]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!