Akibat Tak Puas Hati Ditegur Cara Pakai Pelitup Muka Salah, Wanita Ini Bertindak Serang Pramugari
Share

Ketika musim COVID-19 ini, pemakaian pelitup muka sudah menjadi kelaziman bagi menyekat penularan wabak berkenaan, dan kebiasaannya pemilik-pemilik perusahaan akan mewajibkan pelanggan mereka memakai pelitup muka sebelum masuk ke kawasan mereka.
Namun, ianya menjadi satu masalah jika berdepan dengan pelanggan yang keras kepala dan tidak mahu mengikut peraturan yang ditetapkan.
Seorang penumpang dalam penerbangan Delta dari Miami ke Atlanta baru-baru ini menyerang seorang pramugari di dalam pesawat yang penuh dengan penumpang kerana enggan mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka.
Insiden tersebut berjaya dirakam oleh seorang wartawan BBC, Suzanna Kianpour, yang turut berada dalam pesawat tersebut.
Suzanna Kianpour kemudiannya berkongsi rakaman tersebut di akaun Twitternya, @KianpourWorld.
Here’s what happened on our @delta flight from #Miami to #Atlanta tonight after a passenger refused to wear a mask as per policy and then gets into altercation with flight attendant. Video via @kingcoreythefirst on IG pic.twitter.com/TBBYq1VCBb
— Suzanne Kianpour (@KianpourWorld) October 20, 2020
Seorang wanita turut berkongsi video dari sudut lain insiden tersebut berlaku di akaun Instagramnya, @iamlaurynengland.
Dalam rakaman tersebut, pramugari terbabit dilihat seakan-akan sedang mengatakan sesuatu kepada penumpang itu, kemungkinan menyuruhnya memakai pelitup muka dengan betul.
Perbualan mereka tiba-tiba menjadi tegang dan penumpang tersebut bergerak menghampiri pramugari terbabit dan bertindak agresif dengan memukul mukanya.
Sebaik sahaja melihat pramugari tersebut dikasari, orang ramai terus membuat bising tanda tidak berpuas hati terhadap tindakan penumpang terbabit.
Katty Kay, Seorang wartawan BBC News yang turut berada dalam penerbangan itu memberitahu bahawa wanita itu kemudiannya diiringi keluar oleh pihak polis.
