Aktiviti Campervan Mula Menjadi Perhatian Di Malaysia - Verst Backpackerz );

Type to search

Aktiviti Campervan Mula Menjadi Perhatian Di Malaysia

Backpackerz Hiking & Outdoor

Aktiviti Campervan Mula Menjadi Perhatian Di Malaysia

Farhana Syahirah
Share

Sejak pandemik Covid-19 melanda di negara kita, aktiviti di luar terpaksa dihadkan bagi mengawal wabak ini daripada berleluasa.

Namun, setelah PKPP mula dijalankan, rakyat Malaysia menjadi lebih kreatif untuk membuat aktiviti di luar tanpa mengeluarkan bajet lebih untuk penginapan.

Secara tak langsung, campervan mula menjadi perhatian dan menjadi pilihan popular bagi golongan yang sukakan adventure dan selesa.

Selain dapat menjaga SOP, ia turut memberikan pengalaman bagi sesiapa yang ingin percutian lain dari yang lain.

Ada juga yang kreatif dengan mengubahsuai kereta kancil, membeli van terpakai dan selebriti juga turut terlibat dalam membuat campervan untuk aktiviti berkeluarga.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_VYD7jUogv4[/embedyt]

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=x_JpXpxC1SI[/embedyt]

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-Ffm2BgNBh4[/embedyt]

Peminat campervan atau motorhome juga semakin berkembang di Malaysia dan kebanyakannya akan mengikuti Facebook group My Campervan Malaysia untuk berkongsi tips dan juga info.

Salah satu sebab mengapa aktiviti ini menjadi perhatian kerana tidak mahu terikat dengan masa mendaftar masuk di penginapan, sekaligus dapat menikmati pemandangan alam dengan lebih luas.

Kebebasan memilih lokasi perkhemahan juga salah satu faktor mengapa aktiviti campervan menjadi trending.

Apabila percutian alternatif ini semakin mendapat perhatian, Malaysia juga harus memperbanyakkan lagi taman campervan atau motorhome dengan kemudahan asas seperti sambungan air, elektrik, tandas dan juga tempat sisa buangan.

Secara tak langsung, sistem pelancongan dalam Malaysia juga turut kembali pulih dengan aktiviti campervan yang semakin popular ini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!