Aktiviti 'Camping' & 'Hiking' Bermalam Sudah Dibenarkan, Tapi Ada Syarat Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Pilihan Backpackerz Tips

Aktiviti ‘Camping’ & ‘Hiking’ Bermalam Sudah Dibenarkan, Tapi Ada Syarat

Share
  • Jumlah kapasiti yang dibenarkan bermalam hanya 50 peratus daripada had maksimum sesebuah tapak perkhemahan.
  • Pelaksanaan ini membabitkan pengunjung yang bermalam di Taman Eko Rimba & Hutan Taman Negeri sepanjang tempoh PKP Pemulihan.
  • Aktiviti sukan lasak & bertali (motocross, ATV, mountain bike, rock climbing, luncur layar, abseiling) juga dibenarkan.

Jika sebelum ini segala aktiviti rekreasi hutan, bukit dan gunung yang melibatkan perkhemahan bermalam dilarang atas faktor mengekang penularan wabak COVID-19.

Terbaru, Bernama melaporkan bahawa kegiatan perkhemahan dan pendakian gunung yang memerlukan individu mahupun berkumpulan untuk bermalam sudah dibenarkan.

Namun demikian, jumlah individu yang menginap di kawasan perkhemahan dihadkan kepada 50 peratus daripada kapasiti sebenar sesebuah kawasan campsite.

Taman Eko Rimba Kanching
Taman Eko Rimba Kanching

Sebagai contoh, bilangan tapak perkhemahan di Sungai Pauh, Cameron Highlands ditetapkan seramai 70 orang sahaja berbanding 150 orang.

Begitu juga aktivit berkelah dan camping di Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang dibenarkan hanya 100 orang pada satu tempoh berbanding kapasiti maksimum 250 orang.

Sekiranya pengunjung ingin menjalankan aktiviti di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri, mereka perlu melakukan permohonan terlebih dahulu.

Pengunjung boleh memohon melalui sistem permohonan dalam talian atau mendapatkan permit masuk terus melalui Jabatan Perhutanan Negeri.

Aktiviti dinamik (merentas hutan & pendakian gunung) telah dibenarkan

Menurut Pengarah Forest-Eco-Park dan Hutan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, kebenaran itu antara langkah penambahbaikan demi keselamatan pengunjung sepanjang tempoh PKPP.


“Semua prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara perlu dipatuhi. Ia termasuk pemakaian pelitup muka semasa aktiviti rekreasi statik (pergerakan setempat) dalam hutan,” jelas Mohd Yussainy Md Yusop kepada Bernama.


Aktiviti merentas hutan dan pendakian gunung memerlukan pengunjung untuk mengamalkan jarak fizikal tiga meter antara pendaki.

Selain itu, nisbah lima pendaki bagi setiap seorang malim gunung perlu dikekalkan. 

Jarak fizikal satu hingga 3 meter

Bear in mind! Setiap pengendali, penggiat aktivit lasak atau pengunjung wajib mematuhi SOP terkini yang ditetapkan.

Sama-sama kita elakkan nasi menjadi bubur. Jadikan kejadian “kluster Sivagangga” sebagai pengajaran. 

Meskipun petanda penularan pandemik ini dapat dikawal pihak berkuasa, harus diingatkan sekali lagi, kita mesti menang dan bebas sepenuhnya daripada ‘genggaman’ wabak ini.


Itinerari 4 hari 3 Malam di Semporna, termasuk penginapan resort atas air, pusing pulau dengan bajet minima – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!