Aktiviti Pelancongan Domestik & Dalam Negeri Dibenarkan - Perdana Menteri Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Visit Malaysia 2020

Aktiviti Pelancongan Domestik & Dalam Negeri Dibenarkan – Perdana Menteri

Share
  • Operasi premis perniagaan kembali beroperasi seperti biasa.
  • Sekolah dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKP Pemulihan.
  • Perhimpunan melibatkan orang ramai masih tidak dibenarkan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Kita perlu berpandangan terbuka terhadap hikmah disebalik pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sehingga melumpuhkan industri pelancongan, perhotelan serta penerbangan.

Kini sudah tiba masanya kita merancakkan semula sektor pelancongan dalam negara.

Selaras dengan pembukaan semula ekonomi serta tiada lagi sekatan rentas negeri, pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi antara yang ditunggu-tunggu.

Paling mencuri tumpuan adalah kebenaran untuk aktiviti pelancongan domestik yang dibenarkan semula.

Penang. Foto - Free Malaysia Today
Taman Rekreasi Gua Kelam, Perlis

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa orang ramai kini boleh bercuti bersama keluarga dengan norma baharu.

“Saudara boleh lah membawa keluarga melancong dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baru atau new normal setelah tiga bulan tidak kemana-mana. Namun bagi mereka yang berhasrat melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup”.

Marilah kita semua Cuti-Cuti Malaysia! Yak Yak Yey! 

Sumber: Astro Awani

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!