Aktiviti Pelancongan Dibenarkan Dalam Kawasan PKPB Dengan 50 Peratus Kapasiti Premis );

Type to search

Backpackerz Berita

Aktiviti Pelancongan Dibenarkan Dalam Kawasan PKPB Dengan 50 Peratus Kapasiti Premis

Avatar
Share
Aktiviti Pelancongan Terengganu

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti pelancongan di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 19 Februari 2021 dengan syarat 50 peratus daripada kapasiti premis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti berkenaan walaubagaimanapun masih tidak dibenarkan bagi kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata aktiviti pelancongan yang dibenarkan termasuk di lokasi seperti zoo, akuarium, pusat ‘edutainment’, taman semula jadi, sukan ekstrem, rekreasi dan ladang.

Tambahnya, kebenaran juga turut diberikan kepada di premis hasil seni budaya dan warisan seperti perpustakaan, muzium, galeri seni, pentas persembahan budaya, pusat hiburan keluarga dan taman tema luar.

“Walaupun kebanyakan sektor dan aktiviti telah dibenarkan, masih terdapat sektor atau aktiviti yang masih di bawah senarai terlarang yang boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Bagi kawasan PKPP pula, Ismail berkata aktiviti pelancongan dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Selain itu, lain-lain aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah senarai negatif perlu mengikut SOP sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!