Anggun & Tradisional, Garuda Indonesia Perkenal Uniform Terbaru Kru Kabin Verst Backpackerz );

Type to search

Anggun & Tradisional, Garuda Indonesia Perkenal Uniform Terbaru Kru Kabin

Backpackerz Airlines Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Anggun & Tradisional, Garuda Indonesia Perkenal Uniform Terbaru Kru Kabin

Share
  • Terdapat 18 set seragam buat pramugara & pramugari Garuda Indonesia dengan kolaborasi bersama IKAT Indonesia.
  • Kerjasama dengan pereka Didiet Maulana adalah sebahagian daripada program yang mengetengahkan pereka fesyen tempatan ke peringkat dunia setiap 3-4 bulan menerusi Garuda Indonesia.
  • Secara keseluruhan, terdapat 50 orang “para pengrajin” (pekerja terlibat dalam industri batik & kraf) Indonesia telah mengambil bahagian dalam menyiapkan seragam Puspa Nusantara ini.

Pakaian seragam adalah identiti yang mempersembahkan kualiti, terutamanya untuk profesian yang melambangkan imej sesebuah negara. Sebagai nilai tambahan kepada perkhidmatan, penampilan adalah elemen penting bagi kru kabin penerbangan nasional.

Seni dan karya tanpa batasan. Itulah ungkapan yang penulis gambarkan setelah melihat hasil sentuhan pereka terkenal Indonesia, Didiet Maulana yang mereka seragam terbaharu buat pramugara serta pramugari syarikat penerbangan Nasional Indonesia itu.

IKAT by Didiet Maulana X Garuda Indonesia

Garuda Indonesia tampil dengan inisiatif kreatif untuk memikat para penumpang penerbangannya bukan sahaja daripada aspek perkhidmatan, malah menyenangkan dari segi penampilan seragam di atas udara.

Garuda Indonesia bekerjasama dengan pereka terkenal tempatan, Didiet Maulana melalui IKAT untuk memperagakan pakaian seragam kru kabin eksklusif yang digelar Puspa Nusantara.

Kepak Garuda menampilkan model lengan, dengan kolar kebaya Kartini, inspirasi kebaya pendek peranakan
Seragam Garuda Puspa Nusantara rekaan IKAT by Didiet Maulana

Pakaian seragam penerbangan tersebut tampil dengan sentuhan tekstil tenunan dengan reka bentuk yang cukup cantik, kemas dan anggun. Didominasi dengan warna ungu plum di bahagian atas serta kombinasi dengan beberapa warna kuning hijau dan gelap di bahagian bawah, ‘bener-bener’ menonjolkan imej eksklusif pramugara dan pramugari Garuda Indonesia.

Sentuh mengenai rekaan seragam, bahagian siluet yang ditonjolkan Didiet diilhamkan dari sayap pesawat Garuda. Gaya tersebut dapat dilihat pada lengan serta lipatan kain di bahagian bawahnya. Walaupun dengan ukuran lengan sedikit mengembang, ia tidak menjadi masalah buat kru kabin kerana lipatan kain diperbuat daripada bahan getah.

Digabungkan dengan tenunan ikat buatan tangan Indonesia
Seragam pramugara yang digayakan dengan lurik kombinasi Jogja-Klaten
Cantik, kemas & keanggunan. Teringin naik Garuda Indonesia

Bukan Didiet jika material pada pakai seragam ini tidak mengunakan bahan-bahan tenunan. Buat pramugari, Didiet menampilkan sentuhan tenunan Bali untuk kelihatan elegan dengan warna yang konsisten. Begitu juga dengan pakaian seragam pramugara yang digayakan dengan lurik kombinasi Jogja-Klaten.

Di samping itu, seragam Garuda Puspa Nusantara ini hanya digunakan untuk laluan penerbangan tertentu sahaja bagi mengekalkan imej eksklusif. Pakaian seragam tematik ini dipersembahkan kepada penumpang buat pertama kali dalam penerbangan Jakarta-Denpasar pada 16 Oktober lalu.


Sumber: Kompas.com
Foto: Instagram Andrarmd
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!