Austria Bakal Hadkan Pelancong ke Bandar Hallstatt Selepas 'Diserbu' Peminat Filem Frozen - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Austria Bakal Hadkan Pelancong ke Bandar Hallstatt Selepas ‘Diserbu’ Peminat Filem Frozen

Share
  • Hallstatt telah diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO-listed town sejak tahun 1997.
  • Bandar Hallstat turut menjadi inspirasi babak penggambaran dalam filem animasi fantasi muzikal Frozen 2 yang memaparkan kawasan pemerintahan Elsa, Arendelle.
  • Bandar Hallstat menjadi terkenal dalam kalangan pengunjung dari Asia disebabkan pernah menjadi salah satu lokasi penggambaran siri TV Korea Selatan, Spring Waltz (2006).

Sebut saja Austria, pasti ramai terbayang sebuah perkampungan indah yang dikelilingi pergunungan Dachstein di rantau Salzkammergut, Hallstatt.

Bandar ikonik ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Austria, lebih daripada 1 juta pelawat mengunjungi setiap tahun, terutamanya dari Asia. 

Hallstatt adalah sebuah kampung di Lake Hallstatt

Nama Hallstat mula meniti dibibir pelancong luar setelah mula diperkenalkan kepada orang ramai menerusi rancangan televisyen yang disiarkan di Korea Selatan. Kemudian, seorang ahli perniagaan dari China telah membina replika Hallstat di Guandong pada tahun 2011.

Walaubagaimanapun, imej keindahan bandar ikonik ini melonjak selepas kemunculan Frozen 2, sebuah filem animasi fantasi muzikal yang dihasilkan oleh Walt Disney Animation Studios.

Visual perkampungan desa itu telah dijadikan latar belakang kepada babak Arendelle, kawasan diraja yang diketuai oleh Elsa, watak utama filem itu.

Fictional town of Arendelle
Arendelle
Walt Disney Animation Studios - Frozen

Dek kerana scene tersebut, ramai peminat Frozen telah mengunjungi Hallstat untuk ‘mengintip’ keindahan Arendelle dengan lebih dekat dan realiti.

Peningkatan sektor pelancongan biasanya memberikan hasil yang baik tetapi apabila ia datang ke desa kecil Hallstat di Austria, kontra keburukan melebihi kebaikan.

Menurut Datuk Bandar Hallstat, bilangan pelancong telah mencapai 10 ribu orang dalam sehari gara-gara impak filem animasi Frozen. Bilangan itu adalah enam kali pelancong per kapita yang dilihat di Venice, Itali.

Kemasukan pengunjung yang terlalu ramai akan menimbulkan masalah lebih berat buat penduduk kampung sehingga mengganggu rutin harian mereka. Penduduk Hallstat melaporkan ‘ditimpa’ masalah dengan orang luar yang mengambil gambar dari selfies ke potret perkahwinan dan penggunaan dron.

Credit - REX FEATURES

“Hallstat merupakan sebahagian penting dalam sejarah kebudayaan Austria dan bukannya muzium. Jumlah pelancong yang melawat bandar ini telah menimbulkan masalah kepada perkampungan kami.

“Penduduk juga mengulas tentang bagaimana kesesakan pelancong membuatkan mereka merasa seolah-olah tonggal di taman tema,” kata Alexander Scheutz, Datuk Bandar.


Atas sebab itu, kerajaan tempatan menggunakan pendekatan mudah untuk mengurangkan bilangan pengunjung.

Salah satunya adalah dengan melaksanakan sistem pengangkutan menggunakan bas berkapasiti kecil serta mengurangkan bilangan bas pelancongan harian. Bagi anda yang ingin melawati bandar ikonik ini perlu melakukan tempahan slot bas (tempat duduk penumpang) terlebih dahulu.

Hallstatt town
Winter season in Hallstatt, Austria

Buat pengetahuan anda, dasar menangani atau mengurangkan kesesakan pelancong pada sesebuah destinasi sebenarnya bukan isu yang baru.

Istilah “Overrated tourist destinations” telah menjadi topik hangat dalam kalangan aktivitis pelancongan di luar negara.

Sebagai contoh, City of Rome mengenakan denda sebanyak 250 Euro buat pengunjung yang duduk di Spanish Steps. Ia juga mengehadkan bilangan pelawat yang boleh mengakses The Trevi Fountain.

Kota Amsterdam turut menyekat lawatan berpandu membawa pengunjung ke Red Light District kerana ingin mencegah kesesakan serta menghormati rutin pekerja di situ.

Credit - The New York Times

Bagi penulis, kalau sesebuah destinasi itu terlalu sesak dengan pengunjung yang bermacam ragam dan gelagat, percutian pun jadi tak seronok.

My two cents, bagi mereka yang nak sangat atau teringin tengok tarikan Frozen ini secara realiti, pergi je Walt Disney World di Jepun.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!