Awas! Ini 5 Penyakit Kerap Berlaku & Mudah Dijangkiti Semasa Melancong Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Tips

Awas! Ini 5 Penyakit Kerap Berlaku & Mudah Dijangkiti Semasa Melancong

Share

Melancong adalah salah satu trend yang sedang menjadi pilihan golongan millennial masa kini. Percutian dapat memberikan ketenangan minda apabila melihat sesuatu destinasi yang diidamkan.

Meskipun begitu, ketika melancong, kesihatan perjalanan dan keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

Kita juga perlu mengambil cakna akan kesihatan diri sewaktu melancong. Hal ini dapat membantu seseorang pengembara elak daripada terkena sebarang penyakit berjangkit atau berdepan masalah kesihatan yang tidak diingini.

Soal kesihatan tidak boleh dibawa main, tambah pula apabila kita mengunjungi negara-negara yang mempunyai kepadatan penduduk dan pendatang luar. Mood percutian pasti akan terkesan jika anda dihimpit masalah kesihatan sewaktu bercuti.

1. Cirit-Birit

Masalah kesihatan ini cukup sinonim dengan pengembara. Cirit-birit semasa melancong atau semasa dalam perjalanan adalah sindrom klinikal yang berpunca daripada mikroorganisma seperti bakteria, virus, atau parasit tercemar yang ada pada makanan atau minuman.

Penyakit ini kerap berlaku dalam kalangan individu yang melancong ke destinasi yang mempunyai tahap kebersihan dan sanitasi yang rendah.

Risiko cirit-birit berkait rapat dengan lokasi, standard penginapan serta tabiat seseorang. Antara destinasi yang berisiko tinggi termasuklah Asia, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

2. Malaria

Seperti semua yang sudah sedia maklum, penyakit ini disebarkan melalui nyamuk. Jika anda berhajat untuk melancong ke kawasan Afrika, India, Amerika Tengah dan Selatan, dan sebahagian besar daripada Asia Tenggara, maka perlulah membawa ubat malaria prophylactic bersama.

3. Kanser Kulit

Kanser ini selalunya berlaku apabila anda tidak melindungi diri anda dengan krim pelindung dan terdedah dengan sinaran matahari terlalu lama.

Selain itu anda juga perlulah berhati-hati terhadap ubat yang mampu membahayakan serta menyebabkan sensitif terhadap sinaran matahari seperti ubat darah tinggi dan antibiotik.

4. Demam Denggi

Demam denggi yang juga dikenali sebagai wabak ‘break bone’. Penyakit ini boleh dijangkiti di kawasan Amerika Selatan, dan Tengah, Australia, Kepulauan Pasifik Barat, Asia Tenggara dan Afrika, malah Malaysia sendiri.

Walaupun penyakit daripada gigitan nyamuk aedes ini boleh diubati, namun ia boleh membawa masalah berat dan mengganggu rancangan percutian asal ada. Anda boleh dimasukkan ke dalam wad hospital jika positif denggi. Demam Denggi ini adalah penyakit kedua yang paling kerap berlaku kepada pelancong selepas penyakit Malaria.

5. Influenza

Di kawasan Amerika Syarikat, influenza selalunya akan muncul pada bulan-bulan musim panas. Apatah lagi kalau di kawasan tropika, selsema boleh disebarkan dan berlaku sepanjang tahun tetapi biasanya ia tidak sampai tahap kes epidemic. Anda dinasihatkan untuk mengambil suntikan vaksin beberapa minggu sebelum pergi melancong.

Tips untuk mencegah

  • Mengambil suntikan vaksin beberapa minggu sebelum pergi melancong.
  • Berhati-hati terhadap ubat yang mampu membahayakan serta menyebabkan sensitif terhadap sinaran matahari seperti ubat darah tinggi dan antibiotik.
  • Membawa ubat malaria prophylactic dan ubat penghalau serangga bersama.
  • Jaga kebersihan dan elakkan daripada makan di tempat yang kotor.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!