‘BackPackerz’ ke Switzerland, Lelaki Ini Kongsikan Itinerari Mesra Pelancong Muslim 7 Hari 6 Malam Guna Swiss Travel Pass Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Stay In Tips

‘BackPackerz’ ke Switzerland, Lelaki Ini Kongsikan Itinerari Mesra Pelancong Muslim 7 Hari 6 Malam Guna Swiss Travel Pass

Share
  • Tompok salji menghiasi gunung, hamparan rumput menghijau & pemandangan tasik yang menyegarkan, landskap bumi Swiss tidak pernah gagal memukau pelancong.
  • Pengembara Malaysia boleh melancong ke Switzerland tanpa Visa. Pastikan pasport perjalanan sah untuk tempoh enam bulan ke atas.
  • Aplikasi Swiss Travel Guide adalah pembantu perjalanan yang bantu memudahkan pengembaraan di Switzerland merangkumi kereta api, bas & bot.
  • Peringatan, pilih makanan mesra Muslim korang semasa lakukan tempahan bersama syarikat penerbangan SWISS.

Switzerland, terkenal sebagai destinasi kembara diseluruh dunia, menawarkan landskap muka bumi yang indah, pemandangan alam yang memukau dan luar biasa, jalur pengangkutan berintegrasi yang efisien serta berteknologi tinggi, kemajuan teknologi mesra alam yang sentiasa ke hadapan serta tarikan kebudayaan yang kaya dengan sejarahnya di sepanjang perjalanan.

Oleh itu, semakin ramai traveler dari Malaysia tidak melepaskan peluang mengunjungi negara yang terkenal dengan Alps bersalji, deretan gunung yang indah dan coklat panas.

Lebih mudah menjelajah Swiss guna Grand Train Tour of Switzerland
Lake cruise, Zurich

Tika artikel ini ditulis, bumi Switzerland sedang menyaksikan cuaca yang nyaman untuk semua rakyatnya keluar berkelah, beriadah serta melakukan aktiviti bersama keluarga menjelang musim panas.

Menggunakan sepenuhnya kemudahan rangkaian pengangkutan Grand Train Tour of Switzerland dengan ditemani oleh Sedunia Travel, BackPackerz berkelana merentasi bumi Swiss dengan penuh keterujaan.

Dapatkan Grand Train Tour of Switzerland bersama Sedunia Travel

Cosmopolitan cities that are steeped in history & culture - Zurich

 Dari Kuala Lumpur ke Bumi Switzerland

Rakyat Malaysia tidak perlukan Visa untuk memasuki Switzerland. Dari Kuala Lumpur, aku menggunakan penerbangan Silk Air untuk ke Changi Airport, Singapura sebelum memulakan long haul flight menuju Zurich menggunakan syarikat penerbangan nasional, Switzerland, biasanya dirujuk sebagai Swiss atau SwissAir.

Tertera pada papan layar tempat duduk aku, tepat jam 1130 waktu tempatan. Penerbangan selama 11 jam tidak terasa apabila suasana dalam kapal terbang selesa dengan kemudahan dan layanan kelas antarabangsa.

Makanan Muslim Meal yang ditempah awal memudahkan aturan. Pilihan hiburan ada disediakan bagi mereka yang tidak dapat melelapkan mata. The Covenant dan Fighting with My Family menjadi tontonan sebelum aku lena dibuai mimpi.

Apabila sedar semula, subuh sudah menjelma dan ketika itu, pesawat Swiss terbang di kawasan Turki. Makanan waktu pagi mula diedarkan beransur-ansur. Selesai sarapan, perut pun kenyang dan suasana kembali tenang. Penerbangan kekal lancar sebelum selamat mendarat di Zurich seawal jam 9 pagi.

Oh Switzerland, debaran pengembaraan tujuh hari aku semakan dirasai! 

SWISS airlines
Hidangan mesra Muslim. Thanks SWISS

Hari 1 – Kuala Lumpur – Changi Airport – Zurich

Tiba di Lapangan Terbang Zurich, aku mengaktifkan roaming data dengan rangkaian telco tempatan. Daripada Airport Center, langkah diatur untuk menuju ke stesen tren. Nah, bermulanya perjalanan epik bersama Swiss Travel Pass yang mana pass ini telah ditempah lebih awal melalui Sedunia Travel di Malaysia.

Dapatkan Swiss Travel Pass dengan Sedunia Travel

Kemudiannya aku memuat turun aplikasi Swiss Travel Guide (SBB) untuk mengetahui secara tepat pengangkutan setiap trip dan tren yang akan digunakan. Aku menaiki tren menghala ke Lucern yang mana jarak perjalanan memakan masa selama 1 jam 10 minit. Aku luangkan masa hayati setiap panorama yang berlalu dihadapan pandangan ini. Suasana pagi dan menghijau memenuhi ruang tingkap tren. Hati mula tersenyum melayan suasana baru bagi diri ini. 

Kembara secara beg galas sudah memadai
Pengalaman menaiki tren di sini memang berbeza
Stesen tren Luzern

Jelajahi Switzerland dengan Swiss Travel Pass

Pengangkutan sering menjadi kos utama dalam setiap pengembaraan. Ini cerita aku bergerak di kota Switzerland dengan mudah dan tanpa pening kepala. Sekiranya korang merancang untuk melihat dan menjangkau seberapa banyak tempat di sini, saranan terbaik adalah menggunakan Swiss Travel Pass. Semuanya lebih mudah. Swiss Travel Pass menawarkan penggunaan tanpa had bagi tren, bas dan bot, yang akan menjadikan tunjang pengembaraan korang lebih lancar. 

Dengan Swiss Travel Pass, korang mempunyai akses masuk secara percuma ke 500 muzium dan tempat tarikan antaranya Tasik Lucerne Sunset Cruise, Tasik Zurich Boat Ride, Swissminiatur (La Svizzera in miniatura), Muzium Dunia FIFA, dan banyak lagi. Oh, korang juga boleh dapat diskaun bagi kereta kabel ke Mount Titlis, membeli-belah di Factory Outlet FoxTown dan banyak lagi.

Jika korang travel dari Malaysia, korang boleh membeli Swiss Travel Pass ini dengan mudah dengan Sedunia Travel! Untuk trip kali ini, aku menggunakan Pass 8 hari pada kos CHF663 (RM 2,860).

Lebih mudah dapatkan Swiss Travel Pass menerusi Sedunia Travel

Setibanya di Lucerne, aku menggalas backpack menuju ke penginapan. Perjalanan sekitar 400 meter dari stesen menemukan aku dengan Ameron Luzern Hotel Flora yang terletak di Seidenhofstrasse. Hanya 3 minit berjalan dari kedua-dua Stesen tren Luzern.

Korang akan disediakan penginapan yang selesa serta lokasi yang strategik sekiranya menggunakan pakej percutian bersama Sedunia Travel. Lantas aku meletakkan bagasi sementara menunggu urusan daftar masuk tiba. Tidak membuang masa, langkah diatur untuk melawat sekitar bandar Lucerne yang indah ini.

Wow. memang menakjubkan! Semua tempat tarikan ini boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki. Aku memang gemar city tour secara berjalan kerana ia lebih memberi penghayatan. Sesuatu lokasi itu tidak jauh antara satu sama lain. Tambah pula cuaca yang nyaman, memang tidak terasa kepenatan. 

Luzern & Lucerne are the same place
Old town in Lucerne
My room sweet room, Ameron Luzern Hotel Flora

Chapel Bridge

Chapel Bridge sarat dengan sejarah dan budaya kurun ke 15, ia dibina bermula pada tahun 1333. Pada jambatan berbumbung ini, sarat dilukis dengan cerita-cerita rakyat yang mana ada diantaranya memang pernah aku baca sebagai fairy tale cerita orang putih dahulu kala.

Jambatan ini mengalami banyak peristiwa termasuk sebahagiannya ada yang pernah terbakar. Kerana itulah, daripada 110 lukisan asal, hanya 80 lukisan yang masih berjaya kekal hingga ke hari ini. Pemuliharaan dan pengekalan Chapel Bridge ini memang mengagumkan aku. Tahniah Switzerland!

Dongak ke atas untuk melihat lukisan abad ke-17
Jambatan Chapel yang terbentang di Sungai Reuss
Mercu tanda yang terkenal di Luzern juga merupakan salah satu jambatan tertutup tertua di dunia

Old Town

Melewati Old Town memang mengasyikkan. Ia dipenuhi dengan bangunan-bangunan menarik pada sisi kanan dan kiri. Strukturnya dihias indah dengan ukiran dan cat seawal 1920an. Berjalan diantaranya memang tidak terasa. Sedar-sedar dah sampai ke penghujung.

Needle Dam

Needle Dam yang terletak di Lakeside promenade memukau dengan kejernihan airnya. Tasik Lucern sentiasa diselia secara tradisional dan manual oleh ‘jarum’ kayu. Sedang aku sibuk mengambil gambar, kecebum!!! Tiga orang mat saleh terjun dari jambatan dan mengikut arus air. Perghhh rugi tak join mereka.

Nota: Kalau korang bawa swimsuit, sini memang port untuk mandi (selepas dari kawasan empangan Needle Dam ini)

Old Town of Luzern
Keindahan kota Luzern
Jesuit Church

Lion Monument

Alang-alang dah sampai sini, rugi kalau tak singgah sebentar. The “Dying Lion of Lucerns” ini memang famous di Eropah sana. Ia adalah kerana sejarah bagi tentera Swiss yang telah terkorban mempertahankan Istana Tuileries di Paris pada tahun 1792.

Monumen ini terdiri daripada batu yang diukir. Sewaktu berkunjung ke monumen ni, first time aku dapat lihat orang minum air di ‘water fountain”. Hah, misi nak minum air fountain tercapai.

Kembara ke Switzerland menggunakan Sedunia Travel 

Air pancutan fountain ni boleh minum, cuma terus tadah airnya dari paip
Lion Monument

Lunch

Pada waktu tengahari sewaktu kembara ini, aku singgah ke Kanchi Restoran untuk mengisi perut. Ia adalah restoran Indian Food dan aku memilih hidangan nasi, ikan dan sayuran. Sebagai pilihan, korang boleh pilih samada hidangan bufet ataupun ala carte. Julat harga CHF9.00-CHF38 (RM38-RM160).

Dinner

Makan malam hari pertama aku ini di TIBITS, satu restoran vegetarian. Lokasinya di Stesen Lucern tadi. Makanannya memang vege-based dan harga dikira berdasarkan berat timbangan amal, ehh, timbangan makan korang lah. Macam biasa, its bit pricey for Malaysian, but guess what, we are now in Switzerland kan.

Jadi hidangan yang aku ambil cost me dalam CFH18. Just nak remind, walaupun restoran ini menyediakan hidangan Vegetarian, sesetengah hidangan disediakan dengan ramuannya terdiri daripada wain. Jadi, disarankan korang bertanya ingredient sebelum mengambil hidangan.

Makan-makan guys!
TIBITS, vegetarian restaurant
For vegetarian lover

Hari 2 – Mountain TITLIS 

Tepat jam 9.10 pagi, tren dari stesen Lucern berlepas ke stesen Engelberg. Ia mengambil masa 44 minit yang memaparkan panorama indah seperti perumahan, kampung, kebun dan sungai berlatar belakang padang rerumput hijau, bukit serta gunung-ganang yang mempesona pandangan.

Mata pasti terleka menghayati keindahan pemandangan dari dalam tren ini. Setibanya ke stesen Engelberg, boleh terus berjalan kaki 10 minit ke stesen Titlis Cableways. Pemegang Swiss Travel Pass boleh mendapat diskaun 50% untuk semua perjalanan kereta kabel ke Mount Titlis. Untuk menikmati kadar diskaun ini, korang buatlah tempahan awal. Ia boleh dilakukan dengan Sedunia Travel. Kalau walk-in, kadar biasa ialah CHF66 (RM284) bagi setiap orang.

Ambil kereta api dari stesen Luzern ke stesen Engelberg
Leka nikmati pemandangan yang hijau
Setibanya ke stesen Engelberg, boleh terus berjalan kaki ke stesen Titlis Cableways

Terdapat dua segmen kereta kabel ini untuk menikmati keseluruhan Mount Titlis yang juga merupakan gunung tertinggi di bahagian tengah Switzerland. Dua segmen tersebut mengikut turutan adalah dari TITLIS Express Cable car menuju TITLIS Cableways Valley Station.

Selepas itu, perjalanan disambung dengan Titlis Rotair; kereta kabel berpusing yang pertama di dunia. Ia menuju ke TITLIS Mountain Station atau bangunan utama.

Disini, peralatan seperti jaket dan but untuk sewaan turut disediakan di bangunan utama pada tingkat 4. Kedai cenderamata, restoran dan tempat ibadat juga disediakan di bangunan utama ini. Dari bangunan utama ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti menaiki Ice Flyer Chairlift, Glacier Cave, TITLIS Cliff Walk dan menikmati Glacier Park.

Pengalaman disini memang momen kemuncak yang harus dinikmati setiap saat dan ketika. Pada musim panas, suhu nyaman sekitar 2-3 darjah selsius membuatkan mudah untuk menikmati segala tarikan disitu tanpa struggle dengan cuaca yang terlalu sejuk (bagi orang Malaysia). Sesiapa nak main snow tubing, bersedia untuk gelak dan tawa dan selepas tu, jangan lupa tarik tube tu ke tempat asal untuk kegunaan orang lain pula.

Keterujaan tak berakhir di TITLIS Mountain. Dalam perjalanan turun, terdapat tarikan yang wajib dilalui kerana memang menyeronokkan. TITLIS Rotair perjalanan turun akan membawa kita menuju ke Lake Trubsee yang mana terdapatnya TITLIS Adventure Park.

PERCUMA tau nak masuk kawasan ini. Korang kena layan zip line setinggi 400 meter, berjalan di sekeliling tasik Trubsee dan jika ada kanak-kanak, bag Jump tower, trampoline dan tarikan lain sedia menanti anda.

Peak of Mountain Titlis
TITLIS Cliff Walk & Glacier Cave
Ice Flyer Chairlift & TITLIS Glacier Park
TITLIS Cableways Valley Station
TITLIS Rotair
Zipline setinggi 400 meter
snow tubing
Lake Trubsee

Makan Tengahari di TITLIS Panorama Restaurant

Tidak ada benda yang paling menyeronokkan di TTILIS Mountain ini setelah puas menikmati semua tarikan melainkan makanan yang sedap. Hot Chocolate memang wajib dinikmati atas gunung berais ini dan aku memilih hidangan Lamb Sirloin sebagai makanan tengahari.

Restoran ini menyediakan beberapa hidangan daging yang disahkan halal. Piza berasaskan cheese dan tomato juga ada sebagai pilihan yang lebih selamat.

Menu halal
Hirupan coklat panas memang umphh!
Lamb Sirloin

Layan Cruise Sunset di Tasik Lucern

Setelah selesai episod Mount TITLIS, tren kembali membawa aku ke Lucern. Petang itu, aku menikmati pelayaran cruise tasik matahari terbenam di Pier 1 bertentangan dengan Stesen Lucern. Cari tanda kapal MS Diamant vessel. Rujuk jadual berlepas supaya anda tak miss the trip.  Make sure on time guys! 

Pelayaran matahari terbenam adalah percuma untuk pemegang Perjalanan Perjalanan Swiss (di bangku tempat duduk percuma)

Hari 3 – Lucerne ke Lugano

Awal pagi lagi aku sudah menunggu tren di Stesen Lucerne menuju ke stesen Trubschachen. Perjalanan tren mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit.

Tiba di stesen, suasana begitu sunyi dan mendamaikan. Memang terasa berada di kawasan perkampungan sebenar. Aku berjalan melangkah sekitar 5 minit dan tiba di Kambly Factory Store. Ini detik sesuai untuk aku menikmati variasi jenis biskut made in Swiss.

Jalan kaki menuju Kambly Factory Store
Sarapan pagi gaya Barat di Lugano

Kambly Experience

Diatur oleh Sedunia Travel, trip Kambly Experience adalah lawatan ke kilang pengeluaran biskut terbesar di Switzerland. Biskut jenama Kambly ini menawarkan aneka jenis biskut yang mana resipi asalnya bermula seawal 1906, dicipta oleh nenek pengasas Biskut Kambly ini.

Biskut tradisi Kambly adalah Bretzeli yang sememangnya popular bagi seluruh rakyat Swiss serta Eropah. Jangan lupa untuk membelinya sebagai cenderahati dan buah tangan bila pulang ke Malaysia. Hampir kesemua biskut menggunakan bahan yang selamat dari unsur tidak halal. Kecuali ada satu atau dua jenis biskut yang menggunakan alkohol. Paling mudah, jangan malu untuk bertanya mana satu biskut yang mempunyai kandungan alkohol.

Harga julat untuk biskut-biskut di sini sekitar CHF8.90 (RM38) kepada CHF11.30 (RM48) bagi setiap bungkusan
Hampir kesemua biskut menggunakan bahan yang selamat dari unsur tidak halal
Kagi Fret Chocolate

Menuju ke Lugano

Selepas tengahari, tibalah masanya meninggalkan Lucerne dan menuju ke Lugano. Tren mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk tiba di stesen Lugano. Lugano terletak dalam Canton Ticino. Pada bahagian ini, majoriti rakyat Switzerland berbahasa Itali. Suhu juga sedikit berbeza disni dimana ia lebih panas berbanding Lucerne.

Tiba di stesen Lugano, Centro, aku mengambil bas awam menuju ke Piazza Luini. Perjalanan bas mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Aku tiba di bahagian bandar berhadapan tasik Lugano yang menampilkan pemandangan cukup mendamaikan.

Lake Lugano terletak berhadapan dengan hotel aku menginap. Suasana juga lebih warm disini dimana kelihatan penduduknya sedikit ceria berbanding Lucerne. Mungkin kerana ada sedikit pengaruh Itali dalam diri mereka. Layanan staff front desk sewaktu daftar masuk ke Hotel International Au Lac juga sedikit ceria.

Hotel cantik ini memberi mood serta suasana klasik Itali. Struktur, susunan dan tatahias memang terasa seperti dalam movie Godfather. Apabila menjenguk keluar tingkap, aku dapat melihat ketenangan tasik Lugano. Ah, tidak ada yang lebih menyeronokkan daripada ini. Pemilihan lokasi penginap cukup strategik oleh Sedunia Travel.

Dapatkan pakej menarik ke Switzerland bersama Sedunia Travel 

Lugano scenery
Lugano city beside the lake
Menanti senja di tasik sekitar Lugano

Hari 4 – Cruise Morcote 

Awal pagi aku mulakan dengan menaiki cruise ke Morcote.  Cruise melewati rumah dan pekan kecil di tepi Lugano dan menuju di Morcote. Melangkah naik dari jeti, aku menyaksikan warna-warni bangunan ala Mediterranean dan itali memenuhi ruang bandar kecil ini.

Sempurna. Itu yang boleh aku katakan. Setiap sudut memang cantik dan tersergam indah. Morcote ini memang terkenal sebagai salah satu kampung tercantik di Switzerland. Dengan lorong-lorong kecil yang istimewa, arked rumah patrician lama, monumen seni bina yang berharga dan keindahan alamnya, Morcote dianggap “Mutiara Ceresio”.

Lugano Cruise view Morcote
Ambil bot dari terminal Lugano-Giardino ke terminal Morcote
Luangkan masa untuk menikmati panorama Lugano-Marcote

‘Mini Swiss’ 

Pada waktu tengahari, kami menuju ke Swissminiatur, satu taman tema yang menghimpunkan hampir kesemua bangunan ikonik di Switzerland. Kali ini, perjalanan menggunakan bas dari stesen Piazza Grande, Morcote menuju ke Melide Station.

Berjalan kaki menyelusuri kedai dan bangunan akan membawa korang ke Swissminiatur ini. Pekan replika mini ini dibuka sejak 1959. Taman tema ini menarik pengujung termasuk penulis untuk meneliti hasil seni halus pereka Swiss yang bermutu tinggi.

Terdapat lebih daripada 120 model pada skala 1:25 yang mewakili bangunan, monumen dan alat pengangkutan yang paling penting di Switzerland. Kereta api penumpang kecil dengan laluan di sekitar taman juga tersedia untuk dinaiki. Antara replika yang ada di sini adalah  Heidi Village, Berne Cathedral, Chapel Bridge, Jesuit Church, The Old Town Of Luzern dan banyak lagi.

Taman tema ini dilengkapi dengan pusat membeli belah, restoran dan juga kawasan berehat. Aku singgah untuk makan tengahari dengan hidangan nasi dengan hidangan kari daging lembu halal yang diiktiraf.

Tips – Tempah hidangan tiga hari sebelum berkunjung kesini agar restoran dapat menyediakan hidangan halal tersebut.

Morcote
Morcote Port
Pintu masuk Swissminiatur
Pemegang Swiss Travel Pass dapat diskaun 50% tiket masuk
Seni halus tiada bandingan di Swissminiatur
Landasan kereta api mini

FoxTown Factory Stores

Perjalanan petang diteruskan dengan berkunjung ke Foxtown Factory Stores yang terletak berhampiran dengan stesen St Martino.  Foxtown Factory Stores ini adalah yang terbesar di selatan Eropah. Ia menampilkan 160 kedai dan lebih 250 jenama pakaian, aksesori, barangan kulit, elektronik dan lain-lain yang terkenal.

Personal Shoppers boleh aim beberapa barangan yang menarik dekat sini. Untuk pemilik Swiss Travel Pass, ada 10% diskaun tambahan akan diperolehi apabila berbelanja disini. Hah beruntung kan! Setakat Nike, Adidas, Coach, Samsonite, Swarovski, pasti ada sesuatu yang lebih berbaloi untuk korang berbelanja. 

Jangan lupa shopping dekat FoxTown Factory Stores
Sempat makan tengahari di Swissminiatur perkena daging halal dari Brasil

Makan Malam di Restoran Beirut

Kembali ke tempat bermula di depan hotel, aku berjalan kaki menyelusuri sepanjang tasik Lugano menuju ke Restoran Beirut, tempat untuk makan malam. Disini, hidangan yang disediakan memang betul-betul membuka selera.

Cukup lazat dan banyak hidangan yang mesti dicuba. Moussaka, Babba ganush, Hommus dan Tabouleh adalah antara pelbagai pilihan yang sememangnya sukar untuk ditolak. Kebbeh dan Falafel tambah membuka selera sambil berbual santai bersama rakan media lain.

Walaupun restoran menggunakan daging daripada pembekal yang disahkan halal, sila ambil perhatian bahawa minuman beralkohol dihidangkan di premis

Hari 5 – St Moritz

Hari ini perjalanan yang aku tunggu tunggu tatkala mendapat itinerari daripada Sedunia Travel. Tren panorama Bernina Express menjadi fokus utama. Dari Lugano, aku menggunakan Swiss Travel Pass dan menaiki bas Bernina Express menuju ke Tirano. Perjalanan bas ini memakan masa 3 jam.

Tiba di Stesen Tirano (Tirano sudah memasuki negara Itali), terus bertukar dan pergi ke Tren Bernina Express yang akan memulakan perjalanan dari stesen Tirano ke St Moritz. Perjalanan tren memakan masa selama 2 jam.

Perjalanan Tren Benina Express kelas pertama dengan bumbung kaca hingga keatas memberikan pesona tersendiri dalam gayanya tersendiri. Panorama perkampungan dan pergunungan dari landskap hijau ke pemandangan berais serta glasier pasti akan kekal dalam ingatan.

Momen dirakam kamera tetap tidak akan dapat menandingi pukauan pemandangan dihadapan penulis. Bayangkan mata disajikan pemandangan ini selama dua jam. Sesuatu yang pastinya berbaloi untuk dinikmati sepanjang perjalanan.

Setibanyanya di St Moriz, terus sahaja menikmati pemandangan Tasik St Moritz. Ia hanya bertentangan dengan stesen tren St Moritz. Berjalan kaki melalui tangga eskalator yang tinggi dan merentasi laluan parkir Parkhaus Serletta di dalam bangunan dan tembus ke bahagian Tasik St Moriz yang indah. Feel free to roam around. Di persisiran tasik, lokasi mengambil gambar bandar dan tasik St Moriz yang popular, pastikan korang tidak telepas peluang yang jarang-jarang berlaku dalam hidup. 

Bernina express bus
Stesen Dogana Di Tirano
Bernina station
Jika korang mencari perjalanan kereta api kelas pertama, tempah Sedunia Travel’s Glacier Express Excellence Class
Tren panorama Bernina Express
Panorama sepanjang perjalanan menggunakan Bernina Express

Selesai bahagian tasik, aku teruskan berjalan kaki melewati bandar St Moritz. Di St Moritz, binaan struktur bangunan klasik dan gaya mewah Swiss tulen memenuhi pemandangan mata. 

Mt Moritz sangat terkenal dengan panggilan Alpine Resort, butik-butik mewah juga tersergam indah di sekitar bandar ini. Aku hanya berjalan kaki menikmati satu-persatu bangunan, kedai dan butik membeli belah jenama terkenal. Bendera merah dan putih Swiss berkibar di setiap pelusuk St Moritz.

Waktu itu sudah lewat petang dan kedai-kedai mula tutup. Yang tinggal hanyalah dining spot dan bar. Aku teruskan menikmati keindahan bandar St Moritz dengan menghirup udara sejuk, menikmati pemandangan yang mempesona dan meneruskan langkah tujuan balik ke hotel.

Di sini, aku menginap di Hotel Hauser St Moritz. Ia terletak di tengah-tengah bandar St Mortiz dan jaraknya hanya 10 minit jika berjalan kaki dari stesen tren. Kalau kembara beg galas, tak ada hal jika berjalan kaki. Jika membawa luggage atau beg besar, bolehlah uruskan pick-up arrangement di stesen tren, tak jadi masalah.

Panorama di St Moritz lake
St Moritz lake
St Moritz lake
St Moritz town
St Moritz town

Hari 6 – Kembara ke Zurich

Sangat berat kaki tika langkah meninggalkan St Moritz. Memang tak cukup bagi aku menikmati keindahan alam semulajadi di sini. Kalau menginap sehari lagi mungkin cukup. Tapi perjalanan mesti diteruskan.

Lokasi seterusnya, kembali ke Zurich. Arghhh, lagi tension, maknanya pengembaraan ke Switzerland bakal berakhir. Apapun, aku kekal positif, it is clear that I will come back again in future soon! Sekarang, aku gerak dari St. Moritz station ke Landquart dan bertukar tren disitu untuk menuju ke stesen Zurich. Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam 20 minit. Aku kembali hayati setiap pemandangan sebelum aku meninggalkan jejak. 

Zurich, I'm back
City tour
Makan-makan di Zurich

Kota lama Zurich

Selalu namanya didengari dan baru kali ini aku dapat merasai peluang menikmati bandar Zurich. Langkah diatur untuk sampai ke bahagian Old Town.  Kota lama ini adalah bahagian bersejarah Zurich yang terdapat banyak cobblestone sebagai struktur jalannya dan beberapa mercu tanda gereja yang penting masih dikekalkan di sini.

Bangunan-bangunan dibahagian ini dipelihara dengan baik dan indah, dan terdapat banyak kedai membeli-belah & makanan yang mengagumkan. Sungai yang dipenuhi air yang mengalir dari Tasik Zurich menjadi nadi dan tunjang kepada bandar ini. Aku menyelusuri bandar Old Town ini sehingga ke Munsterhof Square, dataran yang terbesar di bandar Old Town ini. 

Di sekelilingnya, panorama kedai, kafe dan butik memenuhi pandangan. Apa sahaja yang dicari pasti akan berjumpa. Untuk aku, cukup sekadar menjamu mata dan memahat memori indah. Jangan lupa untuk pergi ke Lindenhof Square untuk menikmati panorama dari atas. Lindenhof Square ini adalah sebuah taman awam yang sangat popular di sini. Pemandangan Old Town memang jelas kelihatan dari sini.

Sebagaimana disarankan Sedunia Travel melalui pakej muslim yang ditawarkan, aku singgah untuk makan tengahari di sebuah restoran vegetarian HILTL, yang tertua didunia, diasaskan pada 1898- sebagaimana diiktiraf Guiness World Book of Record. Tahniah atas pengiktirafan tersebut. Memang lain macam, hidangan yang disediakan begitu sofistikated, penuh dengan fusion dan penuh diversity dengan hidangan berasaskan budaya dan wajibnya, ia memang sedap.

Visual makanan memang dah tentu aku kagum, aku hampir tewas hendak mencuba hampir kesemua hidangan yang ada disediakan Akhirnya, setelah 2-3 kali pusing, aku ambil apa yang diperlukan dan makan untuk mengisi perut. Cuma kena berhati-hati dengan campuran alkohol yang biasanya ada pada sesetengah hidangan. Pilih sajian yang korang yakin.

Di Zurich , aku menginap di 25hours Hotel Langstrasse. Ia merupakan sebuah hotel yang penuh dengan elemen kreatif, minimalist dan suasananya cukup nyaman. Untuk beristirehat, memang sangat sesuai untuk beristirehat. Pastikan korang sediakan deposit untuk daftar masuk kerana ia akan diminta dan dipulangkan secara on the spot sewaktu daftar keluar nanti.

Untuk pemandangan kota lama Zurich yang menarik, pergi ke Lindenhof Square
Pemandangan Kota lama Zurich & Sungai Limmat
Zurich water fountain
Menghabiskan malam terakhir menginap di Hotel Langstrasse 25hours
Restoran vegetarian HILTL
Menu vege penulis di restoran HILTL

Hari 7 – Tasik Zurich

Untuk hari yang terakhir di bumi Switzerland, aku diberi peluang menikmati pelayaran di tasik Zurich seawal 9 pagi. Dengan Swiss Travel Pass, korang boleh menikmati pelayaran bot dari Burkliplatz Zurich dan kembali secara percuma untuk pelayaran sekitar satu jam setengah. Aku diberitahu bahawa setiap rumah yang menghadap tasik Zurich ini bernilai jutaan Swiss Franc. Dikhabarkan Tina Turner juga memiliki rumah agamnya di sini.

Air yang mengalir di bumi Swiss terkenal dengan hygiene membolehkan rakyatnya beriadah melakukan aktiviti air seperti mandi-manda, berenang dan berkayak sekitar kawasan sekitar tasik Zurich. Hidupan seperti burung dan Itik liar juga memenuhi pemandangan di sini. Aku perhatikan gaya masyarakat di sini berkelah dan meluangkan masa bersama seisi keluarga. 

Zurich lake cruise

Tram dan bas aku gunakan secara percuma kerana telah termasuk dalam kemudahan Swiss Travel Pass. Wajib merasa menggunakan hampir kesemua mod pengangkutan yang disediakan dengan pass ini. Aku juga menggunakan tram di bandar Zurich, kemudian menuju ke Muzium FIFA. Sempat juga mengimbau kembali saat aku mula mengenali World Cup, versi Maradona, tika itu, World Cup 1986 dianjurkan di Mexico.

Setelah hari hampir petang, pengembaraan di bandar Zurich selesai.  Aku berjalan kaki menuju Stesen Zurich Hauptbahnhof dan menaiki tren menuju ke Zurich Airport. Setibanya di lapangan terbang, aku sentiasa kemas kini status penerbangan pulang menggunakan Swiss.

Selesai urusan daftar masuk, bolehlah memerhati cenderamata atau coklat yang sesuai sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Selebihnya, kekal sebagai momen terindah sepanjang pengembaraan aku ke bumi Swiss selama 7 hari. 

Zurich tram
Lokasi Muzium Fifa
Trofi piala dunia
Coklat & Swiss sukar dipisahkan!

Sejujurnya, jika korang mencari pengalaman pengembaraan yang unik dan lebih menyegarkan, menjelajah Swiss menggunakan tren, bas, berjalan kaki serta tram membawa 1001 perspektif berbeza.

Aku berjaya meletakkan diri ini untuk lebih fahami kota lama Zurich, Tasik St Moriz, Tasik Lucerne, rasai makan tengahari di TITLIS Panorama Restaurant, mendekati sejarah Chapel Bridge dan terus menjejakkan kaki di Mount Titlis. Senarai tersebut merupakan lokasi kegemaran aku sepanjang 7 hari menjelajah di Swiss. 

Semua ini menjadi lebih mudah serta teratur dengan menggunakan Swiss Travel Pass yang memberikan kemudahan masuk tempat tarikan secara percuma, diskaun hebat dan akses yang cepat.

Bagi sesiapa yang merancang percutian ke Eropah, letak bumi Switzerland sebagai destinasi pertama kerana Sedunia Travel menyediakan satu pakej lengkap merangkumi aturan itinerari yang mengujakan, pengembaraan tren serta pengalaman mengendalikan industri pelancongan sejak 1976, sangat membantu melancarkan segala keperluan pelancong Muslim masa kini.

Hubungi Sedunia Travel menerusi email contact@seduniatravel.com dan tempah Swiss Travel Pass mengikut trip yang dirancang. Aku pasti kos dan pengangkutan yang diatur cukup berbaloi dengan segala 1001 pengalaman manis sepanjang pengembaraan di Swiss – The 10 Happiest Countries in World for 2019!

Rancang percutian ke Switzerland di sini! 

Tags:

You Might also Like

8 Comments

  1. A.Francis November 7, 2019

    Please advise me on your next trip

    Reply
  2. Majalah Backpackerz November 8, 2019

    Great experience and trip with Sedunia Travel. Our next trip still under process, thanks!

    Reply
  3. Anonymous February 25, 2020

    Pernah kerja kat sana…di grenchen…kilang jam meco ch…benda paling best dlm hidup sebelum kawin…

    Reply
  4. BackPackerz February 25, 2020

    Menarik pengalaman yang dikongsikan. Berapa lama kerja di sana?

    Reply
  5. Liza March 29, 2021

    Semoga Covid19 berakhir dengan pantas.
    Kalau Allah bg rezeki dan umur yg panjang nak jugak join trip ke sana.

    Reply
  6. Mueastt March 30, 2021

    Terima kasih Liza atas doa dan sokongan

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!