Bali Sasar Buka Kepada Pelancong Hujung Julai Ini

Type to search

Backpackerz Berita

Bali Sasar Buka Kepada Pelancong Hujung Julai Ini

Share
Bali

Bali bercadang untuk membuka semula pulau itu kepada pelancong asing akhir Julai ini dengan mempercepatkan pemberian vaksin di kawasan itu.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno berkata kerajaan sedang berunding dengan pelbagai negara seperti China, Korea Selatan, dan Singapura untuk mewujudkan gelembung perjalanan bagi membolehkan pelancong mengunjungi pulau itu.

Pelan itu bergantung kepada rancangan Indonesia untuk memvaksin sejumlah besar penduduk di kawasan pelancongan seperti Bali dan tempat pelancongan lain seperti Bintan dan Batam.

Namun, apa yang menjadi penghalang ketika ini adalah kekurangan bekalan vaksin di seluruh dunia.

Seperti negara-negara lain, Indonesia memberi prioriti kepada golongan tua dan pekerja barisan hadapan di ‘kawasan panas’ Covid-19 seperti Jakarta, tetapi arahan baru dari Presiden Joko Widodo adalah untuk memasukkan Bali dalam senarai, kata Uno.

“Kita sudah mempunyai hampir 60,000 hingga 70,000 yang bersedia untuk menerima vaksin di Bali. Setelah kita mendapat bekalan, Menteri Kesihatan memberitahu bahawa kita akan dapat menyelesaikan program vaksinasi dalam dua hingga tiga bulan, sehingga ke pertengahan atau akhir Julai,” katanya.

Untuk membuka semula sektor pelancongan, sekurang-kurangnya dua juta penduduk harus divaksin.

Setakat ini, lebih dari 10.6 juta penduduk Indonesia telah divaksin, jumlah yang paling banyak di Asia Tenggara. Ini telah banyak membantu mengurangkan jumlah kes harian daripada hampir 11,000 kes sehari ke 5,000 kes sehari.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!