Bali Tangguh Rancangan Buka Pintu Sempadan Kepada Pelancong Asing Sehingga 2021 - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Pilihan Backpackerz

Bali Tangguh Rancangan Buka Pintu Sempadan Kepada Pelancong Asing Sehingga 2021

Share
  • Bali merancang untuk buka semula kemasukan pelancong antarabangsa pada 11 September jika mengikut perancangan awal.
  • Kepulauan Dewa ini telah memutuskan untuk mengekalkan penutupan sempadan sehingga akhir tahun 2020 (Sumber – Business Insider)
  • Selain Bali, pintu sempadan seperti Australia, Afrika Selatan & Thailand juga ditutup sehingga awal 2021.

Provinsi pulau Indonesia yang cukup terkenal seantero dunia, Bali menerima kira-kira 6 juta pelancong asing setahun.

Tidak dapat tidak, hasil jumlah kemasukan pengunjung ke destinasi pilihan pengembara millennial serta pasangan honeymoon telah merosot teruk gara-gara Covid-19.

Sektor pelancongan Bali dijangka bakal mengalami kerugian sumber pendapatan mencecah $ 10 billion (RM41 juta).

Lebih terkesan, pengumuman pembukaan kembali provinsi Bali sebelum ini terpaksa ditangguhkan sehingga 2021.

Bali, Indonesia

Pelancongan merupakan mata pencarian utama penduduk Bali; menerima enam juta pelancong luar dan 10 juta pengunjung tempatan tahun lalu.

Sebelum ini, Indonesia telah mengumumkan bahawa Bali bakal dibuka kepada pelancong antarabangsa menjelang September 2020.

Gabenor Tunda Pembukaan Sempadan

Namun, penularan kes-kes tempatan di seluruh Indonesia, termasuk Pulau Dewa ini mencatatkan peningkatan.

Hal tersebut menyebabkan gabenornya terpaksa membatalkan rancangan untuk membuka pulau tersebut pada 11 September.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Gabenor Bali, I Wayan Koster dalam satu kenyataan rasmi pada 22 Ogos lalu.

Kelingking Beach
Kelingking Beach

Beliau tidak memberitahu tarikh baharu untuk membenarkan kemasukan pelancong asing ke Bali.

Setakat ini, Bali telah merekodkan 49 kematian dan terdapat lebih daripada 4 ribu kes Covid-19.

Penulis sendiri terbayangkan bagaimana situasi penduduk di Bali meneruskan kehidupan mereka setelah majoriti (70%) daripada mereka bergantung kepada sektor pelancongan.

Penglipuran Village Bali
Penglipuran Village

Ekonomi Bali telah ‘diuji’ beberapa kali sehingga melumpuhkan sumber pendapatan utama pulau ini.

Pada 2002, Bali dikejutkan dengan pengeboman, kemudian wabak SARS 2003, dan letusan gunung berapi Gunung Agung 2017.

Sekali lagi, Bali dihimpit penderitaan dengan penularan wabak coronavirus yang cukup dashyat pada 2020.

Semoga Bali mampu bertahan dalam kemelesatan ekonomi dan kembali pulih seperti biasa. #KitaSerumpun


Tak dapat liburan di Bali? Tidak mengapa, jom Cuti-Cuti Malaysia di Sabah dengan itinerari 5 hari 4 malam ini – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!