Bandar Ikonik Hallstatt di Austria Terbakar, Seorang Cedera Parah - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Bandar Ikonik Hallstatt di Austria Terbakar, Seorang Cedera Parah

Share
  • Hallstatt adalah sebuah perkampungan indah abad ke-16 terletak di pantai barat Tasik Hallstatt di rantau Salzkammergut, Austria.
  • Bandar ikonik ini menjadi terkenal dalam kalangan pengunjung dari Asia disebabkan lokasi penggambaran siri TV Korea Selatan, Spring Waltz (2006) dilakukan di Hallstatt.
  • Hallstatt merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling terkemuka di Austria, lebih dari 1 juta pelawat setiap tahun serta 10 ribu pengunjung melawat setiap hari, terutamanya dari Asia.

Kebakaran besar yang berlaku pada Sabtu pagi (30 November) telah merosakkan sebahagian daripada bandaraya Lakeside yang indah di Austria.

Api marak turut membakar empat bangunan di tapak warisan UNESCO-listed town, Hallstatt dan mencederakan seorang ahli bomba. Jalan masuk ke bandar Hallstatt ini masih ditutup untuk kenderaan dan trafik pejalan kaki.

Hallstatt, Austria

Nota: Datuk Bandar menasihatkan kepada pelancong agar tidak berkunjung ke Hallstatt selepas kebakaran berlaku bagi membenarkan penyiasatan serta urusan pembersihan. Namun, The Salt Mine & Skywalk masih dibuka.


Pembinaan bangunan bandar yang berdekatan & bangunan kayu menyebabkan api marak dengan cepat

Kebakaran dilaporkan bermula dari sebuah pondok kayu di tepi tasik lalu menyambar ke bangsal lain kemudian marak ke bangunan dan kediaman di bandar Hallstatt.

Api marak begitu cepat disebabkan struktur bangunan dan rumah-rumah lama berasaskan kayu di bandar UNESCO ini.

Kebakaran berlaku kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan
Seorang pemadam kebakaran cedera parah ketika memadam api marak

Seorang pemadam kebakaran telah cedera parah ketika memadam api berkemungkinan terjatuh dari bumbung rumah yang rapuh.

Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan membabitkan penduduk tempatan mahupun pelancong.

Lapan trak kebakaran & 109 anggota bomba bertindak balas terhadap kejadian tersebut
Winter season in Hallstatt, Austria

Menarik mengenai Hallstatt, Austria

  • Hallstatt telah diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO-listed town sejak tahun 1997.
  • Kurang daripada 800 penduduk menetap di Hallstatt, lokasi yang terletak di antara pergunungan dan tasik.
  • Pekan kecil ini merupakan tapak lombong garam tertua di dunia dan kemudian dibangunkan deretan rumah-rumah separuh kayu tersergam indah serta suasana bandar yang cukup nyaman.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!