Berang Pengunjung Buang Sampah Merata, Taman Negara Thailand Pos Sisa Buangan Kepada Pemilik Asal - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Isu Pilihan Editor

Berang Pengunjung Buang Sampah Merata, Taman Negara Thailand Pos Sisa Buangan Kepada Pemilik Asal

Avatar
Share

Apabila melancong ke sesuatu tempat, tidak kisahlah dalam ataupun luar negara, perkara paling utama yang perlu dititikberatkan adalah menjaga kebersihan tempat yang dilawati itu.

Sikap tidak menjaga kebersihan pasti akan menyusahkan dan menjejaskan pemilik pusat pelancongan dan menyebabkan tetamu yang tiba selepas itu tidak selesa.

Sebuah taman negara di Thailand nampaknya sudah betul-betul hilang sabar dengan pelawat yang tidak menjaga kebersihan dan membuang sampah merata-rata di kawasan tersebut.

Taman Negara Khao Yi, yang terletak di Thailand, tampil dengan idea yang sangat menarik bagi ‘mengajar’ pembuang-pembuang sampah merata-rata ini.

Mereka membuat keputusan untuk menghantar semula sampah-sampah yang dibuang merata-rata kepada pemilik asal menggunakan khidmat kurier.

[Gambar: Facebook TOP Varawut]
[Gambar: Facebook TOP Varawut]

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand, Varawut Silpa-archa berkongsi beberapa gambar menunjukkan kotak berisi sampah yang dikumpulkan di Taman Negara tersebut dan mengumumkan bahawa semua sampah yang dikutip akan dihantar kepada tetamu yang meninggalkannya di sana.

“Sampah yang ditinggalkan oleh pelancong di taman ini sedang dibungkus dalam kotak. Ia akan dikembalikan kepada pemiliknya,” tulisnya dalam satu catatan.

Bungkusan sampah yang dikirim itu lengkap dengan nota yang berbunyi “Anda telah terlupa sebilangan barang anda di Taman Negara Khao Yai. Izinkan kami mengembalikannya kepada anda”.

Apabila pengunjung melawat ke Taman Negara Khao Yi, mereka dikehendaki mengisi borang yang disediakan termasuk alamat rumah mereka, jadi pihak taman negara menjejaki lokasi pemilik sampah berdasarkan maklumat di dalam borang.

[Gambar: Facebook TOP Varawut]
[Sumber: TOP Varawut]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!