Berebut Pelancong, Pemandu Tuk-Tuk di Thailand Ditembak Pesaingnya - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Isu Pilihan Backpackerz

Berebut Pelancong, Pemandu Tuk-Tuk di Thailand Ditembak Pesaingnya

Share
  • Tuk-tuk merujuk kepada kenderaan roda tiga bermotor yang popular digunakan.
  • Kenderaan yang lebih kurang sama digunakan di Jakarta dipanggil ojek.
  • Kota-kota pelancongan seperti Bangkok, Krabi, Phuket dan Phnom Penh terkenal dengan tuk-tuk.

Masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama yang sesak dan padat menjadi igauan kepada pengguna termasuk pelancong.

Bagi mereka yang lebih selesa menggunakan tuk-tuk, ia sebagai penyelesaian yang lebih murah untuk melepasi jaringan jalan yang sentiasa sesak.

Kebanyakan servis tuk-tuk mudah didapati di kota-kota besar. Penulis sendiri pernah menaiki jenis pengangkutan ini semasa bercuti di Phuket.

Lain orang, lain ragam. Ada pemandu tuk-tuk yang ramah dan ada juga sebaliknya.

tuk-tuk
Tuk-tuk adalah penyelesaian pengangkutan yang murah, mudah & pantas

Malang tidak berbau, seorang pemandu tuk-tuk di Songkhla ditembak berulang kali gara-gara dikatakan mencuri pelanggannya.

Suspek yang berusia 40 tahun didakwa menembak pemandu tersebut sebanyak 9 kali dari belakang sejurus mangsa memanggil pelanggan yang baru sahaja turun dari kereta api.

Polis berjaya memberkas suspek dan mengatakan dia mengaku melepaskan tembakan itu. Tambahnya lagi, dia marah pada pemandu tuk-tuk kerana mencuri pelanggan yang dikatakan seorang pelancong secara ‘terang-terangan’.

Saksi kejadian memberitahu bahawa kedua-dua pemandu tuk-tuk itu sering bergaduh sehingga bertumbuk dan kadang-kadang bertengkar di hadapan pelanggan mahupun pelancong.

tuk-tuk
Sumber - Nation Thailand
tuk-tuk
Sumber - Thairath

Kewujudan pengangkutan tuk-tuk di bandar peranginan sekitar Thailand memang menjadi mobiliti utama pilihan pelancong selain teksi meter.

Terdapat juga teksi tanpa meter yang memerlukan pelancong berunding terlebih dahulu sebelum menaikinya.

Sinonimnya, imej tuk-tuk sering dikaitkan dengan tingkah laku pemandu yang kurang baik mahupun pemanduan yang tidak berhemah. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Terpulang kepada keselesaan, bajet dan pengalaman percutian pilihan anda. Bagi penulis, seronok juga naik tuk-tuk sambil menikmati pemandangan dari ruang terbuka.

Menurut pakar, orang ramai sedang mengalami kemurungan dan kemerosotan mood akibat kehilangan keseronokkan melancong seperti biasa gara-gara Covid-19 – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!