10 Penerbangan Terunggul 2018, Airlines Asia tidak terkecuali! - Verst Berita

Type to search

10 Penerbangan Terunggul 2018, Airlines Asia tidak terkecuali!

Berita

10 Penerbangan Terunggul 2018, Airlines Asia tidak terkecuali!

Share
  • Perjalanan ke destinasi pilihan adalah penting

  • TripAdvisor menyenaraikan “Best airlines of 2018″

  • Antara syarikat penerbangan terkemuka termasuk Emirates Air, Southwest Airlines & Qatar Airways


 Tempoh perjalanan dalam pengembaraan kadang-kadang boleh menjadi lebih penting daripada pilihan destinasi. Sang pengembara tegar pasti lebih memahami daripada mereka yang bekerja dalam industri penerbangan.

Mengikut review TripAdvisor, berikut adalah 10 syarikat penerbangan yang melakukan perjalanan udara terbaik pada tahun 2018. Jap, wakil airlines dari Malaysia ada tak? Jeng Jeng Jeng!

*Disclaimer – Susunan nombor tidak mengikut prestasi mahupun kualiti. 

1) Korean Air – Menyajikan makanan “in flight” yang baik, menurut pengguna.

Dikenali dengan pesawat turquoise yang berwarna-warni, Korean Air terbang ke lebih 100 destinasi antarabangsa. Pelancong suka dengan perkhidmatan pelanggan yang hebat serta airlines utama Korea ini menawarkan makanan tradisional termasuk Bibimbap.

2) Azul Airlines – Memenuhi permintaan penerbangan domestik

Penerbangan kos rendah Brazil, Azul terutamanya melayani permintaan pelancong domestik, terbang ke kira-kira 100 destinasi di Brazil. Selain daripada harga flight yang murah, beberapa review mengatakan ciri-ciri terbaik Azul Airline adalah waktu check-in yang cekap dan kebersihannya.

3) Qatar Airways – Sentiasa bergerak ke setiap benua yang didiami

Berpusat di Hamad International Airport di Qatar, Qatar Airways terbang ke 145 destinasi di setiap benua yang didiami. Banyak ulasan melaporkan bahawa business class mereka menawarkan perkhidmatan terbaik sepanjang perjalanan udara.

4) Jet2.com – Tawar penerbangan dalam Eropah

Jet2.com adalah airlines kos rendah British yang bergerak ke sekitar 60 destinasi Eropah. Dengan kadar penerbangan yang murah dan mudah, Jet2.com menawarkan banyak “legroom” (ruang letak kaki besar & selesa) serta staff yang mesra pengguna.

5) Southwest Airlines – Sediakan kerusi ekonomi sahaja

Ia adalah syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat yang terletak di Dallas, Texas dan merupakan airlines kos rendah terbesar di dunia. Bukan saingan kepada AirAsia. Rata-rata pelancong suka menggunakan Southwest Airlines kerana tidak mengenakan sebarang caj untuk pemeriksaan beg, waktu penerbangan yang tepat pada masanya dan customer service yang hebat.

6) EVA Air – Tampil dengan imej “Hello Kitty”

Syarikat ini menawarkan operasi penerbangan kepada penumpang dan perkhidmatan kargo yang merangkumi lebih daripada 40 destinasi antarabangsa(Hemisfera Utara) di Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Tengah. Ramai teruja untuk menaiki pesawat bertemakan Hello Kitty ini dan bantal Hello Kitty menunggu korang di kerusi penumpang.

7) Japan Airlines (JAL) – Saji pelbagai pilihan makanan

Berpangkalan di Tokyo, Japan Airlines melayani 60 destinasi di Jepun dan lebih daripada 30 destinasi antarabangsa di lima benua. Antara kegemaran penumpang adalah pilihan makanan; menyajikan hidangan yang enak, termasuk sup miso, variasi pilihan pada hidangan utama serta ais krim sebagai dessert.

8) Emirates Air – Popular dengan khidmat pelanggan mesra & kerusi yang selesa

Airlines terbesar di Timur Tengah, Emirates terbang ke lebih daripada 78 buah negara. Ramai mengatakan bahawa customer service mereka luar biasa dan ruang tempat duduk yang selesa serta luas. Sesuai untuk penerbangan jarak jauh.

9) Air New Zealand – Tawar penerbangan domestik sahaja

Syarikat penerbangan national New Zealand ini hanya menumpukan pada domestic flights, dan juga penerbangan ke Australia, Asia serta Kepulauan Pasifik. Pengembara yang cenderung berjalan dan kurang rehat adalah bernasib baik, Air New Zealand mempunyai “legroom” yang banyak.

Di samping dengan pilihan hiburan in flight yang menyeronokkan. 

10) Singapore Airlines – Pilihan utama pengembara “Have Have”

Salah satu syarikat penerbangan terbesar di dunia, Singapore Airlines adalah pilihan utama pengguna TripAdvisor bagi tahun 2018. Kebanyakan destinasi yang dituju adalah lokasi tumpuan pelancong seperti London, Sydney, Bangkok, Frankfurt, termasuk Singapura.

Terima kasih atas perkhidmatan, krew dan staff yang cekap.


INFO RINGKAS

  • Laman sesawang penarafan & keselamatan produk global, AirlineRatings telah menamakan AirAsia Malaysia dan AirAsia X sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia Pasifik.
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!