5 Negeri Pilihan Rakyat Malaysia Melancong Tahun 2021 );

Type to search

Backpackerz Berita Itinerari

Pulau Pinang, Sabah Antara 5 Negeri Pilihan Rakyat Malaysia Melancong Tahun 2021

Share
negeri

Setelah lama menjauhkan diri bersosial, pastinya ramai tidak sabar untuk travel bersama orang tersayang.

Tinjauan Tren Perjalanan Bererti 2021 Airbnb mendapati bahawa rakyat Malaysia ingin mengadakan percutian dengan keluarga dan rakan. Sementara berehat dari kesibukan kerja, ayuh menjelajah ke destinasi percutian yang lebih dekat dengan alam untuk menjadikan short escape anda lebih menarik! 

Jika dilihat dalam kajian, Pulau Pinang telah muncul sebagai destinasi percutian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia, diikuti oleh Sabah, Kuala Lumpur, Terengganu dan Johor.

Kemudahan yang tetamu mahukan

Menurut data, tetamu Airbnb di seluruh dunia mencari senarai yang membolehkan mereka tinggal dan bekerja di mana sahaja. Turut dikongsikan antara tiga kemudahan yang menjadi keutamaan tetamu Airbnb Stays:

  • Internet tanpa wayar
  • Taman dan halaman belakang
  • Kelengkapan asas memasak

Sama ada anda mencari tempat tinggal di negeri anda, atau mahu merancang bagi travel wishlist akan datang yang sedikit jauh dari rumah (jika sekatan jalan raya dilonggarkan) dan perjalanan dibenarkan seperti sediakala, berikut adalah penginapan unik Airbnb di 5 destinasi pelancongan domestik Malaysia yang terbaik untuk inspirasi staycation anda.

1) Pulau Pinang

negeri
negeri

Dekorasi warisan tradisional tampil cantik apabila digabungkan dengan keselesaan modern di Airbnb Stays di Georgetown, Pulau Pinang. Studio rumah kedai ini terletak di rumah bandar yang berusia lebih 100 tahun dan rumah warisan ini dilengkapi dengan perabot antik.

2) Sabah

Sudah pasti kawasan percutian yang nyaman dapat menyegarkan tubuh anda di pagi hari. Nikmati sendiri udara fresh chalet ini di atas tebing kecil dengan pemandangan seakan Laut Cina Selatan.

 

negeri

Sebagai alternatif, vila percutian mewah ini terletak di tengah-tengah hidupan hijau yang subur dan mungkin menjadi tempat yang sempurna untuk berjumpa alam semula jadi sambil staycation! 

3) Kuala Lumpur

negeri

Bagi yang menyukai tema ala-ala bohemian dan selesa untuk percutian keluarga, rumah loteng bohemian ini pasti menjadi tumpuan mereka.

Jangan dilupa permintaan si kecil semasa bercuti, iaitu permainan!
Pastinya sudut yang terdapat di superhero safe house dimana si manja akan leka melihat elemen yang berada di favorite spot mereka tersebut! 

4) Terengganu

negeri
negeri

Habiskan masa santai anda di cabin yang terletak di tepi pantai. Pasti seronok jika anda boleh mengadakan outdoor BBQ bersama keluarga dan rakan sambil bersaksikan udara pantai. Bosan juga jika escape di vila pantai sahaja.

5) Johor

negeri
negeri

Rumah sarang menjadikan percutian anda lebih meriah dengan kehadiran laut. Ataupun jika anda mahu menginap di vila yang dihiasi dengan reka bentuk dalaman bergaya serta dilengkapi pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk dinikmati oleh para tetamu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!