Afrika Selatan Jalin Kerjasama Netflix Demi Sektor Pelancongan );

Type to search

Asia Backpackerz Berita

Afrika Selatan Jalin Kerjasama Netflix Demi Sektor Pelancongan

Share
Pelancongan

Sektor pelancongan Afrika Selatan kian rancak semula apabila syarikat pelancongan negaranya ‘SA Tourism’ jalin hubungan bersama Netflix dan bakal membawakan filem atau drama dari negara itu untuk tontonan antarabangsa.

Hubungan itu nyata memberikan manfaat buat kedua-dua belah pihak apabila Netflix bakal mendapatkan hak penyiaran filem di platform mereka dan dalam pada masa yang sama memberi impak yang besar terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke negara berkenaan.

Pelancongan

Netflix merupakan platform global yang menyiarkan pelbagai jenis tontonan dari seluruh pelusuk dunia dan beberapa filem dari Afrika Selatan yang telah ditayangkan adalah Seriously Single, Catching Feelings, Santana dan sebuah dokumentari berkisahkan alam semula jadi negara terbabit, Oscar My Octopus Teacher.

Selain dari filem terbitan negara, drama luar yang mempunyai pengambaran berlatar belakangkan di Afrika Selatan turut ditayangkan ke Netflix. Filem Holiday in the Wild, siri Netflix global, Sacred Games dan Black Mirror antara filem yang dilakonkan di Afrika Selatan.

Pendek kata, apa sahaja filem dan drama siri berkaitan negara Afrika Selatan bakal dipertontonkan di Netflix.

Pelancongan

Menurut sumber, ‘SA Tourism’ melihat kerjasama ini sebagai peluang yang sangat bagus dalam mempromosikan Afrika Selatan ke negara luar dalam meningkatkan lagi sektor pelancongan mereka.

“Netflix menjangkau jutaan penonton secara global, dan dengan bekerjasama rapat dengan Netflix, kami dapat memanfaatkan peluang besar untuk mempengaruhi penonton untuk berfikir lebih dekat tentang Afrika Selatan dan dengan itu meyakinkan mereka untuk mengunjungi negara kami,” jelas Sisa Ntshona, CEO, SA Tourism.

Dunia yang kini masih lagi dibelenggu Covid, nyata memberikan impak besar terhadap sektor pelancongan di seluruh dunia, namun berbekalkan mutu perfileman negara, ‘SA Tourism’ dengan kerjasama Netflix berjaya memecah kebuntuan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan di negara mereka.

 

Sumber: traveltrendstoday

 


Jom sertai contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist. Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan BackPackerz.

Untuk sertai peraduan, korang boleh tekan link ini – join contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist

staycation

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!