AirAsia Academy Kerjasama dengan PBSM Malaysia, Jadikan Kerja Sukarelawan Lebih Cekap );

Type to search

AirAsia Backpackerz Berita

AirAsia Academy Kerjasama dengan PBSM Malaysia, Jadikan Kerja Sukarelawan Lebih Cekap

Share
sukarelawan

AirAsia Academy (dahulunya dikenali sebagai Redbeat Academy) telah bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) untuk melancarkan laman web permohonan sukarelawan.

Dikenali sebagai MySukarela, platform yang ditubuhkan oleh PBSM ini direka untuk mengintegrasikan dan menyelaraskan semua usaha sukarelawan di Malaysia menjadikan proses kerja sukarelawan lebih mudah dan cekap.

Presiden AirAsia Digital Aireen Omar dan Tuan Haji Hakim Haji Hamzah, Setiausaha Agung Kehormat PBSMM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

BACA JUGA: Wah Bestnya! Korang Berpeluang Jadi Sukarelawan Olimpik 2024

Presiden (AirAsia Digital), AirAsia Group, Aireen Omar berkata, kerjasama dengan PBSMM kerana ia sejajar dengan misi AirAsia academy, yang bermula sebagai platform untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula Allstars kami (kakitangan AirAsia) dan kini ia dibuka untuk sesiapa sahaja yang ingin membina set kemahiran untuk berjaya dalam ekonomi digital.

Foto: Airasia Academy

“Kami akan menggunakan kepakaran dalam pendidikan dan latihan untuk membantu ratusan ribu sukarelawan di platform ini untuk melengkapkan mereka dengan set kemahiran berkaitan dalam kerja sukarelawan mereka, seperti kemahiran sosial, kecerdasan emosi, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain.

“Mereka juga boleh mengambil peluang untuk mempelajari semua kandungan lain di platform kami termasuk topik berkaitan teknologi, perniagaan, kepimpinan atau gaya hidup yang boleh membantu dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.”

Tuan Haji Hakim bin Haji Hamzah, Setiausaha Agng Kehormat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan platform pendidikan dalam talian oleh AirAsia, salah satu jenama yang paling kukuh dan disegani di Asia, untuk menjadikan proses pendaftaran sukarelawan lebih lancar dan mudah. Ini adalah susulan daripada kejayaan MyVac yang menyaksikan seramai 320 ribu sukarelawan mendaftar di platform tersebut. Kami percaya AirAsia Academy adalah pilihan tepat sebagai penyedia perkhidmatan latihan untuk sukarelawan kami.”

Sempena meraikan kerjasama ini, airasia academy menawarkan tempat terhad untuk pembelajaran atas permintaan pada harga RM10 dengan kod promosi ACADEMYMAX100, untuk digunakan sebelum 15 Disember.

Para pelajar yang mendaftar berpeluang untuk memenangi pakej pelancongan 3 hari 2 malam ke Phuket. Pendaftaran boleh dibuat di https://redbeatacademy.com dan pilih langganan pembelajaran atas permintaan menggunakan kod promosi tersebut.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!