AirAsia Peroleh Baki Kepentingan 20% Dalam BigLife );

Type to search

AirAsia Backpackerz Berita

AirAsia Peroleh Baki Kepentingan 20% Dalam BigLife

Farhana Syahirah
Share
airasia

AirAsia Group Bhd (AAGB) bercadang untuk mengambil alih baki kepentingan 20 peratus dalam BigLife Sdn Bhd yang belum dipegang oleh anak syarikat milik penuhnya, AirAsia Digital Sdn Bhd (AirAsia Digital) pada harga RM103.04 juta.

RHB Investment Bank Bhd, yang mewakili AAGB, berkata bagi tujuan pengambilalihan, syarikat itu telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Aimia Holdings UK II Limited.

Selepas selesai, BigLife akan menjadi subsidiari milik penuh AirAsia Digital, katanya.

Bank pelaburan itu dalam satu makluman kepada Malaysia hari ini berkata cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan AAGB dan anak-anak syarikatnya berada dalam kedudukan yang kukuh bagi memacu hala tuju strategik masa depan, mempercepatkan pembuatan keputusan dan meningkatkan kecekapan serta produktiviti perniagaan.

biglife

“Inisiatif pendigitalan kumpulan di bawah AirAsia Digital telah berada pada trajektori pertumbuhan dengan transformasi anak-anak syarikatnya ke arah ekosistem perjalanan digital dan gaya hidup menyeluruh yang dipacu oleh platform aplikasi AirAsia yang hebat, satu platform yang menawarkan semua produk di bawah kumpulan termasuk pihak ketiga.

“Cadangan pengambilalihan itu juga akan membolehkan syarikat memacu sinergi yang lebih besar dengan kumpulan, yang akan meningkatkan lagi nilai aset digital AAGB, seterusnya mengukuhkan kedudukannya untuk pulih pada kedudukan yang lebih baik daripada pandemik COVID-19”, katanya.

[Sumber: Bernama]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!