AirAsia Lancar Laluan Kuala Lumpur-Chiang Rai, Thailand! - Verst Berita

Type to search

AirAsia Lancar Laluan Kuala Lumpur-Chiang Rai, Thailand!

Berita

AirAsia Lancar Laluan Kuala Lumpur-Chiang Rai, Thailand!

Share
  • Untuk meraikan pelancaran laluan baru, AirAsia tawar tambang promosi istimewa “All-in member’s” dari RM99* untuk Kuala Lumpur-Chiang Rai di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia
  • Promosi istimewa tersebut bermula hari ini sehingga 30 Disember 2018 untuk perjalanan antara 31 Januari 2019 dan 4 Februari 2020
  • Dengan populariti Gua Tham Luang di seluruh dunia, Chiang Rai kini mendapat perhatian pelancong serta ‘buruan’ pelabur luar

AirAsia terus memperluaskan rangkaian penerbangan Aseannya dengan memperkenalkan “direct service” dari Kuala Lumpur ke Chiang Rai, Thailand.

Dioperasikan oleh AirAsia Thailand (kod pembawa FD), penerbangan Kuala Lumpur-Chiang Rai akan disediakan empat kali seminggu bermula 31 Januari 2019!

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand, Santisuk Klongchaiya berkata,”Chiang Rai mempunyai keupayaan dan potensi pertumbungan pelancongan dengan seni serta budaya yang unik dan menawarkan pemandangan semulajadi yang indah”.

Wilayah ini mempunyai pelbagai gaya perjalanan serta pengembaraan yang mampu menampung jumlah pengunjung yang tinggi. Antara tarikan-tarikan di Chiang Rai seperti Wat Rong Khun (dikenali sebagai Kuil Putih), Muzium Empangan Baan, Kuil Rong Seur Ten, Taman Mae Fah Luang, Istana Diraja Doi Tung dan banyak lagi. 

Selain itu, AirAsia juga akan menambah tiga laluan langsung baharu dari Chiang Rai ke Phuket, Singapura dan Macau, kerana ia menjadikan destinasi Chiang Rai sebagai hab utara Thailand untuk terus memacu industri pelancongan serta pelaburan.


#TriviaChiang Rai adalah sebuah bandar di Utara Thailand. Bandar ini berhampiran sempadan Laos dan Myanmar. Chiang Rai Town kekal sebagai “sleepy place with quiet and pleasant atmosphere”.

Disclaimer – *Tambang (One-way all-in) termasuk cukai dan bayaran untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!