Airasia Super App Tawar Perkhidmatan 'Free Delivery' Tanpa Had

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Editor

Airasia Super App Tawar Perkhidmatan ‘Free Delivery’ Tanpa Had

Share
airasia super app
  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah diumumkan bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.
  • Airasia super app menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma tanpa had untuk semua servis e-dagang.
  • Buat masa ini, perkhidmatan tersebut hanya tersedia di Lembah Klang & Pulau Pinang (airasia food).
airasia super app
Unlimited - Free Delivery

Nikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had oleh airasia super app, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini.

Caj peniaga makanan dan minuman juga dikurangkan sebanyak 5%, daripada 15% kepada 10%, untuk tempoh dua minggu semasa PKP ini.

Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had ini tersedia untuk semua perkhidmatan e-dagang oleh airasia super app, seperti airasia food, airasia fresh, airasia shop dan airasia beauty bermula 12 Mei sehingga tempoh yang akan diumumkan kelak.


Lim Ben-jie, Ketua e-Dagang, airasia super app berkata: “Berikutan pengumuman PKP buat kali ketiga di Malaysia, kami ingin memastikan semua orang mendapat akses kepada makanan kegemaran mereka, barangan runcit segar dan produk kecantikan yang akan dihantar dengan selamat ke lokasi pilihan mereka secara percuma. Kami juga meramalkan cabaran yang bakal dihadapi oleh para peniaga berdasarkan pengalaman sebelum ini, dan kami ingin membantu meringankan beban mereka sebanyak mungkin dengan mengurangkan kadar caj yang dikenakan. Kami berharap usaha kecil ini dapat membantu mereka beroperasi dengan kos yang lebih rendah dan meneruskan perniagaan mereka dalam tempoh yang mencabar ini.


airasia super app
Airasia fresh

Tambah Lim Ben-jie lagi, airasia super app juga ingin memainkan peranan dalam membantu semua orang untuk kekal selamat dan tinggal di rumah sambil menguruskan rutin harian mereka.

“Kami telah mengembalikan Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had di platform e-dagang kami, supaya kami dapat membantu semua orang untuk kekal di rumah dan memutuskan rantaian COVID-19 bersama-sama sebagai sebuah komuniti. Pasukan airasia Delivery Team kami juga mematuhi prosedur operasi standard yang ketat untuk menghantar pesanan anda dengan selamat.”

Untuk memesan penghantaran makanan atau berbelanja dalam talian, layari airasia.com atau airasia super app. Buat masa ini, Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had hanya tersedia di Lembah Klang dan di Pulau Pinang (airasia food).

Untuk kemas kini, diskaun, jualan kilat, panduan membeli-belah dan banyak lagi produk e-dagang yang menarik, ikuti @airasiadelivers di Instagram (@airasiadelivers) dan Facebook (airasiadelivers)..

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!