AirAsia X Sedia Penerbangan Repatriasi Antara KL-Sydney Pada Jun

Type to search

AirAsia Backpackerz Berita

AirAsia X Sedia Penerbangan Repatriasi Antara KL-Sydney Pada Jun

Share
airasia x

AirAsia X akan menyediakan perkhidmatan penerbangan untuk tujuan repatriasi antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Sydney, Australia pada bulan Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Benyamin Ismail berkata penerbangan tersebut kini boleh ditempah di airasia super app dan laman web airasia.com tertakluk pada ketersediaan dan berdasarkan permintaan.

“Kami memahami bahawa ramai orang menghadapi kesukaran untuk perjalanan pulang ke negara mereka kerana penerbangan adalah terhad berikutan pandemik semasa. Justeru, kami berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan khas ini untuk tujuan repatriasi dan membantu membawa mereka pulang terutama sekali dalam keadaan yang mencabar ini.

press release
Keratan siaran media yang dikeluarkan oleh Airasia X.

“Oleh kerana tempat duduk adalah terhad, kami menasihatkan para tetamu untuk merancang perjalanan mereka lebih awal dan membuat tempahan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Airasia X juga berkata buat masa ini, hanya dua penerbangan pergi balik tersedia pada bulan Jun iaitu dari Kuala Lumpur ke Sydney pada pada 6 dan 13 Jun, 2021 manakala dari Sydney ke Kuala Lumpur adalah pada 7 dan 14 Jun,2021 sambil menambah penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sydney akan ditambah tidak lama lagi.

“Para tetamu juga perlu memastikan bahawa mereka memahami syarat-syarat sekatan perjalanan tertentu dan mempunyai kelulusan yang relevan oleh pihak berkuasa sebelum melakukan perjalanan, termasuk mengemukakan dokumen perjalanan seperti yang diminta oleh pihak berkuasa tempatan.

“Peraturan kuarantin juga akan dikenakan semasa ketibaan,” katanya. – Bernama

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!