Ada Peluang Lagi Teroka Angkasa Lepas Gais! Virgin Galactic Buka Semula Tiket Penerbangan Secara Umum );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

Ada Peluang Lagi Teroka Angkasa Lepas Gais! Virgin Galactic Buka Semula Tiket Penerbangan Secara Umum

Share
angkasa lepas

Syarikat Virgin Galactic, yang pernah menerbangkan pengasasnya, Richard Branson ke angkasa lepas tahun lalu, telah membuka semula jualan tiket kepada orang ramai mulai Rabu, dengan harga bermula AS$450,000 (RM1.8 juta).

Sebelum ini, hanya mereka yang telah membayar deposit untuk berada dalam senarai menunggu boleh membeli tiket penerbangan ke angkasa, tetapi kini jualan dibuka sekali lagi kepada orang ramai.


Baca Juga: Richard Branson Rancang Bina Hotel Pelancongan di Bulan


“Kami merancang untuk mendapatkan 1,000 pelanggan pertama kami yang ingin ke angkasa lepas pada akhir tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Michael Colglazier dalam satu kenyataan.

Ditubuhkan pada 2004, Virgin Galactic sedang berusaha bagi misi membawa lebih ramai manusia meneroka angkasa lepas, yang mana menyaksikan Branson menewaskan pengasas Blue Origin, Jeff Bezos dalam perlumbaan CEO ke angkasa lepas.

Sasaran mereka adalah untuk menerbangkan pelanggan individu berbayar pertama menjelang akhir tahun 2022 dengan meletakkannya di belakang saingan utama dalam sektor pelancongan angkasa lepas, iaitu Blue Origin dan SpaceX milik Elon Musk, yang mana mereka telah menerbangkan penumpang komersial.

Penerbangan ke angkasa oleh syarikat Virgin Galactic akan dilancarkan dari Spaceport America di New Mexico.

Sebuah pesawat pengangkut besar berlepas secara mendatar ke altitud Bumi yang tinggi, dan menjatuhkan pesawat angkasa berkuasa roket yang meluncur ke angkasa di Mach-3, sebelum kembali ke Bumi.

Jumlah masa perjalanan ialah 90 minit, dengan penumpang mengalami beberapa minit terapung dalam kabin pesawat angkasa, sambil memerhati kelengkungan Bumi melalui tingkap.

Sehingga November lalu, syarikat itu berkata mereka telah menjual 700 tiket ke angkasa.

[Sumber: NBC News]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!