Aquaria KLCC & Zoo Negara Dibuka Semula, Diskaun Tiket Masuk 20% Menanti Pengunjung );

Type to search

Backpackerz Berita

Aquaria KLCC & Zoo Negara Dibuka Semula, Diskaun Tiket Masuk 20% Menanti Pengunjung

Share
aquaria

Setelah ditutup beberapa ketika disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beberapa lokasi tarikan menarik dilaporkan akan dibuka semula pada 1 Oktober 2021 selaras dengan pengumuman penghijrahan Lembah Klang kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPM). Dua lokasi terawal Backpackerz kesan ialah Aquaria di KLCC dan Zoo Negara.

Aquaria KLCC

Buat peminat hidupan akuatik, Aquaria KLCC akan buka tirai mereka bermula 10 pagi hingga 7 malam.

Tiada sebarang harga promosi ditawarkan, jadi harga tiket masuk adalah seperti berikut:

Dewasa – RM49
3-12 Tahun – RM39
Warga Emas – RM39
Kelainan Upaya – RM16

Aquaria KLCC lebih mudah diakses berbanding Zoo Negara kerana ia cuma dalam lingkungan berjalan kaki sahaja daripada stesen LRT KLCC laluan Kelana Jaya.

Zoo Negara

Ibu bapa yang bercadang untuk mendedahkan anak-anak kepada hidupan liar bolehlah pertimbangkan Zoo Negara. Diskaun sebanyak 20% merentasi kategori tiket menanti 500 pengunjung terawal.

BACA JUGA: Zoo Negara Selamat Sambut Anak Panda Gergasi Ketiga

Tak terhenti disitu, mereka turut akan menerima satu akses percuma ke Zoo Negara yang perlu ditebus antara 1 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. Harga tiket untuk dewasa akan jadi RM40.50/pax, kanak-kanak jadi RM14.40, manakala warga emas jadi RM18.40.

Operasi Zoo Negara adalah antara 9 pagi hingga 5 petang.

[Sumber: Aquaria KLCC, Zoo Negara Malaysia]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!