Arab Saudi Bagi 'Hint' Benarkan Ibadah Haji

Type to search

Backpackerz Berita

Arab Saudi Bagi ‘Hint’ Benarkan Ibadah Haji

Share
arab saudi

Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk mebenarkan ibadah haji pada tahun ini dengan peraturan langkah pencegahan yang ketat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan jemaah, lapor agensi berita Arab Saudi pada Ahad.

Pihak berkuasa kesihatan negara itu masih menilai keadaan dan ambil semua langkah untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai, kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Kementerian itu juga tidak menyatakan sama ada jemaah asing akan dibenarkan melakukan ibadah haji bagi musim ini.

Mekah

Tahun lalu, ibadah haji dibenarkan dengan jumlah jemaah yang terhad sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan COVID-19.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengumunkan 942 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi menjadikan keseluruhan jangkitan seramai 426,384.

Jumlah kes pulih pula meningkat kepada 409,740 dengan 1064 lagi pesakit sembuh. Dalam tempoh 24 jam lalu, angka kematian meningkat kepada 7072 dengan 13 korban baharu dilaporkan. – Bernama

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!