Arab Saudi Hanya Benarkan 60,000 Jemaah Haji Tahun Ini );

Type to search

Backpackerz Berita

Arab Saudi Hanya Benarkan 60,000 Jemaah Haji Tahun Ini

Share
Mekah Kaabah Haji

Arab Saudi mengumumkan seramai 60,000 akan dibenarkan melakukan ibadah haji pada tahun ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Daripada jumlah tersebut, hanya 45,000 kuota ditawarkan untuk jemaah luar negara manakala selebihnya diberikan untuk rakyat tempatan.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam kenyataannya berkata hanya jemaah berusia 18 hingga 60 tahun sahaja akan dibenarkan untuk melakukan haji.

Jemaah wajib melengkapkan dua dos vaksin dan semua dokumen berkaitan status kesihatan mereka.

Semua jemaah antarabangsa wajib menjalani kuarantin selama tiga hari dan swab test di penginapan mereka.

Jemaah juga akan dipecahkan mengikut kumpulan bagi penjarakan fizikal ketika menunaikan haji.

Selain itu hanya 50 jemaah dibenarkan untuk melontar jamrah pada satu masa dengan batu yang disediakan oleh pihak penganjur.

Ini juga merupakan kali pertama negara itu membenarkan jemaah luar negara untuk mengerjakan haji sejak tercetusnya wabak Covid-19.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!