AS Cadang Syarikat Penerbangan Bayar Semula Yuran Penumpang Jika Pemulangan Beg Ditangguh );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

AS Cadang Syarikat Penerbangan Bayar Semula Yuran Penumpang Jika Pemulangan Beg Ditangguh

Share

Jabatan Pengangkutan Amerika mencadangkan agar syarikat penerbangan diminta untuk mengembalikan yuran bagasi yang telah didaftarkan sekiranya beg tidak dihantar kepada penumpang dengan cepat.

Cadangan itu akan diumumkan dalam beberapa hari lagi dan akan dilaksanakan pada musim panas ini.

Pengembalian wang akan dilakukan oleh syarikat penerbangan yang gagal menghantar beg dalam masa 12 jam dari penerbangan penumpang AS yang telah tiba.

bayar

Kurt Ebenhoch, pengarah eksekutif Travel Fairness Now, berpendapat bahawa tujuan utama cadangan ini adalah untuk membebaskan penumpang daripada dikenakan sebarang bayaran tambahan serta lebih telus dalam jadual penerbangan dan tambang.

Menurut Jabatan Perhubungan, pada tahun 2019 jumlah bayaran yang telah dikenakan pada penumpang adalah sebanyak $ 5.76 bilion kepada syarikat penerbangan AS untuk setiap beg yang diperiksa.

bayar

Kini, kebanyakan syarikat penerbangan AS selain Southwest mengenakan caj berdasarkan jumlah dan juga berat sebuah beg.

Namun begitu, caj bayaran biasanya akan diberi pelepasan sekiranya pelanggan telah membeli tiket tambang tinggi atau membawa kad kredit daripada syarikat penerbangan yang dinaiki.

bayar

Pendapat penulis, langkah ini perlu diikuti oleh setiap syarikat penerbangan di dunia ini kerana ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan beban penumpang.

Setidak-tidaknya, adalah jaminan bahawa barang ataupun bagasi kita dalam keadaan selamat kan?

 

Sumber: travelweekly

 

Baca: IATA: Penumpang Mungkin Terpaksa Tunggu Sehingga 8 Jam Di Lapangan Terbang
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!