Australia Rancang Gelembung Perjalanan Ke Singapura Demi Kepentingan Pelajar );

Type to search

Asia Backpackerz Berita

Australia Rancang Gelembung Perjalanan Ke Singapura Demi Kepentingan Pelajar

Share
gelembung

Selain daripada kepentingan pelancongan, sektor pendidikan pelajar yang menuntut di luar negara sering dilupakan oleh banyak pihak terutamanya semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Hasil kerjasama kedua belah pihak, masing-masing bersetuju untuk membuka sempadan negara melalui program gelembung perjalanan yang akan dijalankan beberapa bulan sahaja lagi.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, telah mengesahkan para pelajar akan menjadi kumpulan pertama yang melakukan perjalanan di bawah program gelembung perjalanan yang akan dijalankan oleh kedua-dua negara.

gelembung

Perkara ini disahkan oleh perdana Menteri Singapura ketika menghadiri pertemuan negara maju G7, bahawa pelajar akan diberi keutamaan untuk merasai pengalaman gelembung perjalanan ini.

“Sebelum penularan wabak COVID-19, kebanyakan rakyat Singapura berkunjung ke Australia atas urusan perniagaan, percutian dan melanjutkan pelajaran.

“Kita perlu meneruskan pergerakan keluar masuk warga Singapura ke Australia demi menjaga hubungan baik antara kedua negara,” katanya.

gelembung

Berdasarkan rekod, Singapura telah diberi vaksin sepenuhnya sebanyak 1.9 juta dari 5.5 juta penduduknya, sementara Australia ketinggalan seramai 650,000 orang dari 25 juta rakyatnya.

Ianya sekaligus menjadi faktor utama mengapa Australia berani membuka sempadan buat rakyat Singapura untuk berkunjung melalui gelembung perjalanan.

Walaubagaimanapun, ianya merupakan satu usaha dan kerjasama yang baik ditunjukkan oleh kedua-dua negara dalam merancakkan lagi sektor pendidikan pelajar yang terkesan akibat COVID-19.

“Sambil menyelam, minum air” 

Para pelajar di Singapura sebenarnya sangatlah beruntung kerana dalam masa yang sama, mereka berpeluang untuk ‘mencuci mata’ di Australia!

 

Sumber: theguardian

 

Baca: Korea Selatan Rancang Buka Gelembung Perjalan Untuk 3 Negara Ini
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!