BackPackerz Raikan Pengembara Dalam 'Meet & Greet' Di Oasis Village Damansara - Verst Berita

Type to search

Berita

BackPackerz Raikan Pengembara Dalam ‘Meet & Greet’ Di Oasis Village Damansara

Share

Sabtu, 9 Disember 2017 – Majalah, media sosial pengembaraan dan percutian, BackPackerz buat pertama kalinya akan menganjurkan acara Meet & Greet pada Sabtu, 9 Disember 2017 bermula jam 2.00 petang bagi meraikan lebih 250 pengikut media sosial dan pembaca majalah tersebut, bertempat di Oasis Village, Ara Damansara, Selangor.

Turut berlangsung dalam acara yang sama, pelancaran penjenamaan semula jenama Backpackerz yang sebelum ini dikenali dengan nama BackPackerz; Nature, Adventure & Culture – kepada BackPackerz; The Ultimate Travel Magazine.

Acara yang bertemakan “Backpackerz Meet & Greet”, diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara pembaca, pengikut dan team BackPackerz, di samping memperkenalkan aktiviti yang bakal dianjurkan sepanjang tahun 2018. Perancangan pemasaran juga akan diterangkan secara ringkas bagi kegunaan prospek pengiklanan.

“Acara ini memberi ruang kepada semua pengikut BackPackerz untuk mengenali antara satu sama lain disamping bertukar informasi, cerita dan pengalaman berkaitan travel. Melalui pemerhatian kami juga,masih ada yang tidak tahu Backpackerz turut menerbitkan majalah bulanan selain aktif di media sosial.”kata Pengasas dan Penerbit Majalah BackPackerz,  Adnan Hassan.

“Jadi, kami akan menggunakan kesempatan ini untuk menguar-uarkan kepada semua tentang pengisian berkualiti majalah ini serta beberapa aktiviti yang dirancang untuk mereka pada tahun hadapan,” ujarnya lagi. Beberapa aktiviti telah diatur bersama para pembaca sewaktu program berlangsung. Antaranya, cara mudah mereka itinerari travel, perkongsian pengalaman percutian dalam kalangan pembaca dan cabutan bertuah serta permainan muzikal. Acara Meet & Greet ini juga menampilkan personaliti pengembaraan popular, Kareef Daniel Abdullah (Mat Dan), Zahariz Khuzaimah, rakyat Malaysia yang berjaya mengembara secara solo mengelilingi dunia  dan Ahmad Safuan Founder & Producer Haramain Backpackers yang untuk berkongsi pengalaman pengembaraan masing-masing. Di samping itu, beberapa penyumbang tetap serta pelanggan-pelanggan yang telah membantu perkembangan jenama BackPackerz turut diraikan melalui pemberian sijil penghargaan. 

Turut memeriahkan acara adalah kehadiran vendor seperti Persatuan Luncur Udara Malaysia, MycribBooking – Homestay Search, Book and Pay Online, Tudung Travel, Nasgera Original serta Buku Travelog Memoir 20 Pengembara. 

Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!