Bajet 2022: Legoland Malaysia Resort Yakin Aktiviti Pelancongan Bakal Pulih Kembali );

Type to search

Backpackerz Berita

Bajet 2022: Legoland Malaysia Resort Yakin Aktiviti Pelancongan Bakal Pulih Kembali

Share
bajet 2022

Legoland Malaysia Resort berfikiran positif dengan Bajet 2022 serta masa depan aktiviti pelancongan negara yang akan kembali pulih selepas terjejas teruk akibat COVID-19.

Menerusi laporan Bernama, Pengarah CS Lim mengatakan pembukaan semula Legoland amat bermakna kepada perniagaan dan pekerjanya, namun masih lagi ambil langkah berjaga-jaga dalam aspek keselamatan.

BACA JUGA: Pelancaran Jualan Koleksi Lego Super Mario Pengembaraan Bersama Luigi Kursus Starter

“Sambutan yang kami terima daripada orang ramai amat menggalakkan walaupun kapasiti terhad. Kami telah melihat sokongan menyeluruh daripada rakyat Malaysia, seperti pemegang pas tahunan, pelawat, kerajaan dan rakan kongsi kami.

“Sebahagian daripada tindak balas positif ini boleh dikaitkan dengan cara Legoland Malaysia Resort menyesuaikan diri dengan normal baharu industri pelancongan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Foto Legoland Malaysia.

Pengendali taman tema itu telah mengumumkan pembukaan semula secara penuh bermula 14 Oktober lalu dengan taman air serta hotel dan SEA Life Malaysianya.

“Tetamu boleh menjangkakan beberapa peraturan di Legoland Malaysia Resort akan sedikit berbeza, dengan prosedur operasi standard (SOP) dipertingkatkan untuk memastikan resort itu mematuhi standard keselamatan tertinggi tanpa menjejaskan pengalaman bermain dan pembelajaran,” jelas Lim.

Syarikat itu juga akan melaksanakan penutupan penyelenggaraan mingguan untuk Taman Tema dan Taman Air Legoland, justeru, tetamu disaran menyemak hari operasi melalui laman web Legoland Malaysia Resort sebelum merancang perjalanan masing-masing.

Dalam pada itu, Lim berkata untuk memastikan tetamu mereka teruja untuk melawat Legoland Malaysia Resort dalam beberapa minggu akan datang, pakej pelancongan baharu serta lanjutan tempoh sah pas tahunan disediakan.

Foto Legoland Malaysia.

“Selain daripada persiapan kesihatan dan keselamatan, tetamu akan dapat merasai tarikan baharu kami, Planet Legoland. Ia adalah pengalaman membina yang mengasyikkan yang menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka untuk melepaskan imaginasi dengan membina, merungkai serta membina semula dunia impian — menggunakan blok Lego,” tambah beliau.

Melangkah ke hadapan, Lim berkata syarikat bercadang memperkenalkan cara yang inovatif dan lebih banyak perkongsian bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Legoland Malaysia Resort, menggiatkan semula pelancongan di Johor sambil meningkatkan keyakinan untuk perjalanan domestik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia Resort M. Thila berharap kerajaan dapat menyediakan insentif cukai dan pelepasan cukai untuk pemain industri pelancongan bagi memulihkan industri ini selepas terjejas teruk akibat kesan daripada COVID-19.

Beliau juga berharap kerajaan menerusi Bajet 2022 memperuntukkan lebih banyak dana untuk promosi pelancongan dalam usaha merancakkan pelancongan domestik,

“Tahun ini kami kita bergantung kepada pelancongan domestik dan Malaysia mempunyai banyak destinasi unik untuk ditawarkan,” tambah beliau.

[Sumber: Bernama]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!