Sektor Pelancongan Kian Merudum, Bali Bakal Dijadikan Pusat Kuarantin Pelancong Asing );

Type to search

Asean Backpackerz Berita

Sektor Pelancongan Kian Merudum, Bali Bakal Dijadikan Pusat Kuarantin Pelancong Asing

Share
asing

Sebagai langkah meningkatkan industri pelancongan negara, Indonesia sedang dalam perancangan untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi pelancong luar negara.

Wakil Gabenor Tjokorda Oka Artha Ardana Sukawati, atau Cok Ace, mengatakan pelancong asing cukup berminat untuk berada di Bali ketika menjalani proses kuarantin sebaik sahaja mereka tiba di Indonesia. 

“Setelah proses kuarantin berakhir, mereka boleh terus bercuti ke destinasi percutian mereka seperti Jakarta atau wilayah lain,” kata Cok Ace. 

Difahamkan buat masa sekarang, pelancong asing yang tiba di Indonesia diwajibkan untuk transit dan menjalani kempoh kuarantin di Jakarta sebelum pergi ke destinasi seterusnya termasuk di Bali.

Menurut Gabenor, ianya tidak memberi sebarang pulangan pada ekonomi negara sebaliknya hanya membiarkan pelancong asing datang ke Bali untuk dikuarantin.

Walaubagaimanapun, Ganip Warsito yang mengetuai Badan Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), mengatakan Pasukan Petugas COVID-19 Indonesia akan mempertimbangkan cadangan tersebut. 

asing

Jika rancangan ini dilaksanakan, penulis yakin pasti berduyun pelancong asing yang akan menjalani kuarantin di Bali.

‘Sambil menyelam minum air’, boleh la layan sunset bertemankan pemandangan hijau di Bali kan?

 

[Sumber]: msn

 

Baca: Syarikat Paramount Pictures Bakal Bina Taman Tema Terbesar Asia Tenggara Di Bali

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!