Belanjawan 2021: Orang Asli Dapat Jadi Jurupandu Pelancong );

Type to search

Backpackerz Berita

Belanjawan 2021: Orang Asli Dapat Jadi Jurupandu Pelancong

Share

Terkini, kerajaan telah membuka peluang pekerjaan sebanyak 500 kekosongan khususnya kepada Orang Asli bagi merancakkan kembali sektor pelancongan di Malaysia.

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peluang pekerjaan sebagai juru pelancong itu dibuka kepada komuniti setempat Orang Asli untuk menaikkan kembali ekopelancongan.

Tambahnya lagi, beliau juga menyatakan untuk memastikan tempat tumpuan pelancong lebih cantik di seluruh Malaysia, penambahbaikan serta penyelenggaraan dalam fasiliti pelancongan akan diperuntukan sebanyak RM50 juta.

Bukan itu sahaja, tempat pelancongan yang mempunyai bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara akan dapat pemeliharaan bangunan sebanyak RM10 juta.

 

Carcosa Seri Negara

 

Selain itu, bagi tujuan pelaburan terbaru Malaysia, kerajaan nampak potensi terbaru dalam industri pelancongan kesihatan. Dengan peruntukan sebanyak RM35 juta dalam Malaysia Healthcare Council, ia dapat meningkatkan daya saing industri pelancongan kesihatan tempatan.

[Sumber: Siaran Langsung Belanjawan 2021]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!