Lepas Ini Anda Boleh Bayar Bilik Hotel Secara Ansuran - Manfaat Kerjasama Agoda & Atome - Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Lepas Ini Anda Boleh Bayar Bilik Hotel Secara Ansuran – Manfaat Kerjasama Agoda & Atome

Avatar
Share
Bilik Hotel

Platform pelancongan digital Agoda telah melancarkan kerjasama serantau bersama Atome, sebuah platform utama yang berkonsepkanbeli sekarang, bayar kemudian” di Asia untuk menawarkan pilihan pembayaran ansuran yang fleksibel bagi tempahan bilik hotel di Malaysia dan Singapura. 

Program ini kemudian akan diperluaskan ke lapan buah pasaran tambahan di Asia Tenggara dan Asia Pasifik dalam tahun 2021.

Di bawah kerjasama ini yang telah dimulakan pada 21 Disember lalu, para pelancong dari Malaysia dan Singapura boleh membuat pembayaran bilik hotel mereka dalam tiga pembayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tanpa cas tambahan atau yuran perkhidmatan dengan memilih Atome semasa daftar keluar di agoda.com atau aplikasi mudah alih Agoda.

Di Malaysia dan Singapura, platform Agoda menawarkan melebihi 34,000 pilihan penginapan yang bersesuaian dengan segala peruntukanbelanja dan tujuan.

Pilihan pembayaran baharu yang mudah dan selamat untuk pengguna Agoda ini bakal diperluaskan kenegara-negara Asia Tenggara yang lain (Indonesia, Philippines, Thailand, Vietnam) dan juga Hong Kong serta Taiwan tahun depan.

Bilik Hotel

Naib Presiden Kewangan Komersial Agoda, Darren Makarem berkata, “Kami sentiasa mencari kaedah inovatif untuk membantu orang ramai keluar melancong dengan menggunakan teknologi yang mempermudahkan proses pencarian, penempahan dan pembayaran.

Pelancaran pilihan pembayaran bilik hotel melalui sistem ansuran kami dengan Atome membolehkan pelancong-pelancong Singapura dan Malaysia yang pernah mengalami kesulitan untuk membuat pembayaran sekali gus, untuk memecahkan kos tempahan tersebut kepada beberapa pembayaran ansuran dengan memilih Atome, tanpa dikenakan kos tambahan.”

Atome, sebuah syarikat teknologi utama dengan konsepbeli sekarang, bayar kemudian” yang beribupejabat di Singapura telah melancarkan perkhidmatannya pada bulan Disember 2019.  

Sehingga hari ini, ia telah bekerjasama dengan lebih daripada 2,000 peruncit dalam talian dan bukan dalam talian termasuk Sephora, Zara, Marks & Spencer, IUIGA dan iStudio dalam pelbagai kategori seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup, perkakas rumah dan pelancongan.

* Nama perkampungan di Austria ini terpaksa diubah sebab terima cemuhan ramai – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!