[VIDEO] 'Check-In' Hendak Cepat, Bila Keluar Teruk Betul Tinggalkan Bilik Hotel Bersepah, Kotor );

Type to search

Backpackerz Berita

[VIDEO] ‘Check-In’ Hendak Cepat, Bila Keluar Teruk Betul Tinggalkan Bilik Hotel Bersepah, Kotor

Share
bilik hotel

Bilik hotel, rumah inap desa (homestay), atau air bnb sememangnya menjadi tumpuan pengunjung ketika musim bercuti untuk penginapan yang selesa.

Dapat meluangkan masa yang bersama keluarga adalah waktu yang paling dinanti-nantikan. Hendak pula kebanyak tempat staycation telah penuh ditempah hingga Disember.

BACA JUGA: 4 Etika Bilik Penginapan yang Perlu Anda Lakukan

Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang memaparkan salah satu hotel di Malaysia yang mendedahkan segelintir sikap tidak bertanggungjawab pelanggan hotel.

Menerusi laporan Kosmo, video berdurasi 21 saat yang dikongsi oleh Miera Nadhirah, jelas menunjukkan keadaan bilik hotel yang sangat kotor, penuh sampah-sarap sehingga menyukarkan kerja-kerja pembersihan.

Video yang dikongsi dapat dilihat sikap segelintir masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dengan merosakkan perkakas hotel dan turut meninggalkan hotel dalam keadaan bersepah.

Secara tak langsung menyebabkan bilik hotel tersebut mengambil masa yang lama untuk dikemas.

“Bila lambat check-in (daftar masuk) hotel, meroyan, viral (tular). Nak bilik siap sanitize (sanitasi) 10 kali sehari kalau boleh kuman pun tak ada. Takut konon, tapi bila check-out (daftar keluar) tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?”

“Tak salah pun kalau mudahkan tugas housekeeping (pembersihan), hidup ini perlu toleransi. Jangan guna alasan dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesis macam inilah yang melambatkan kerja housekeeping.

Wanita tersebut turut menjelaskan alasan bilik tersebut sudah dibayar sama sekali tak wajar digunakan dan setiap pelanggan perlu ada common sense.

“Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check-out, yang nak check-in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel”

Tinjauan Backpackerz pada ruangan komen juga mendapati, kebanyakan warganet juga turut mengecam tindak segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Reaksi dari warganet


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!