British Airways Lancarkan Peta Travel Digital COVID-19 );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

British Airways Lancarkan Peta Travel Digital COVID-19

Share
british airways

British Airways telah melancarkan peta interaktif baru yang memberikan pelanggannya maklumat tentang sekatan perjalanan dan syarat kemasukan terkini bagi seluruh negara.

Peta tersebut boleh diakses melalui laman web mereka yang sedia. Ini membolehkan pengunjung melihat sekatan perjalanan yang berlaku di setiap negara sebelum menempah perjalanan.

Bagi mereka yang ingin menjelajah dunia, boleh menggunakan peta digital British Airways ini untuk melihat sekatan perjalanan yang ada di setiap negara sebelum menempah perjalanan. Ia juga berfungsi mencari secara visual dengan warna lampu isyarat atau dengan menaip destinasi pilihan.

peta
Tangkapan skrin paparan peta interaktif dari British Airways.

Terdapat juga tab yang membolehkan pelanggan menunjukkan apakah mereka diberi vaksin atau tidak, yang akan menyesuaikan hasilnya.

Peta digital ini juga menyiarkan maklumat terkini bagi lebih dari 100 negara, menyediakan ribuan sumber, dan menggunakan jutaan titik data bagi kemaskini.

[Sumber: Business Traveller]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!