Brunei Lanjutkan 15 Hari Lagi Tutup Sempadan Dengan Malaysia );

Type to search

Backpackerz Berita

Brunei Lanjutkan 15 Hari Lagi Tutup Sempadan Dengan Malaysia

Share
brunei

Pejabat Perdana Menteri Brunei pada Khamis mengumumkan penggantungan sementara aktiviti rentas sempadan antara Brunei dan Malaysia akan dilanjutkan selama 15 hari lagi.

Penggantungan sementara kemasukan warga asing melalui darat dan pelabuhan laut, termasuk transit melalui Brunei, dilanjutkan selama 15 hari lagi sehingga 15 Januari 2022, kecuali untuk perjalanan masuk dan transit yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Terletak di Asia Tenggara, di barat laut Kalimantan, Brunei berkongsi sempadan darat dan laut dengan negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia.

BACA JUGA: Malaysia Tarik Balik Larangan Perjalanan Sementara untuk 8 Negara Ini

Sementara itu, berdasarkan penilaian risiko kementerian kesihatan terhadap pandemik COVID-19 di peringkat serantau dan global, ia mengumumkan penggantungan sementara perjalanan ke dan dari lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe dibatalkan.

“Pertimbangan untuk masuk dan keluar bagi perjalanan penting dari Brunei Darussalam ke negara-negara yang disebutkan di atas kini dibenarkan, berkuatkuasa Sabtu, 1 Jan , 2022,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

Menurut pejabat itu, syarat pertimbangan perjalanan keluar masuk yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada semakan Jawatankuasa Pemandu COVID-19 dari semasa ke semasa.

Negara itu juga melaporkan lima kes baharu COVID-19 yang disahkan pada Khamis, termasuk tiga jangkitan tempatan dan dua kes import, menjadikan jumlah keseluruhan 15,470.

Menyedari bahawa lapan kes varian Omicron telah dilaporkan, Menteri Kesihatan Dr Haji Mohd Isham berkata tidak perlu panik kerana kes itu terkawal.

Sehingga 29 Dis, kira-kira 95 peratus penduduknya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala 93 peratus melengkapkan vaksinasi dua dos dan kira-kira 20 peratus menerima dos ketiga.

Setakat ini, negara itu mencatatkan 98 kes aktif masih dirawat dan 100 kematian.

[Sumber: Bernama]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!