‘Bubble and Sealed’ – Thailand Perkenal Pelan Pelancongan Istimewa Di Chiang Mai Oktober Ini );

Type to search

Asean Backpackerz Berita

‘Bubble and Sealed’ – Thailand Perkenal Pelan Pelancongan Istimewa Di Chiang Mai Oktober Ini

Share

Chiang Mai sedang dalam proses untuk meluncurkan rancangan pelancongan ‘Bubble and Sealed’ di mana pengunjung boleh melakukan perjalanan ke 4 daerah di Chiang Mai, khususnya di utara Thailand. 

Wakil gabenor TAT Komunikasi Pemasaran, Thanet Petchsuwan, mengatakan kepada media bahawa Chiang Mai akan menjadi wilayah pedalaman pertama yang akan dibuka semula di Thailand. 

Perancangan ini muncul setelah pembukaan pulau di Phuket, Koh Samui, dan pulau-pulau lain di bawah pakej 7+7.

sealed

Chiang Mai berpotensi untuk dibuka semula melalui perancangan ‘Bubble and Sealed’ bermula 1 Oktober ini.

Difahamkan, rancangan ini diberi nama ‘Charming Chiang Mai.’

Ianya serupa dengan pelan pelancongan ‘Phuket Sandbox’ dan ‘Samui Plus’ di mana langkah dan pencegahan kesihatan yang sama akan dijalankan dengan ketat sebaik pengunjung tiba.

Kumpulan sasaran utama untuk rancangan tersebut adalah pelancong dari China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Turki, dan Indonesia dengan sasaran sekitar 90 orang pengunjung setiap hari dalam 1 penerbangan.

sealed

Nampaknya, Thailand semakin rancak dalam membangkitkan semula sektor pelancongan di negara mereka.

Diharap semuanya berjalan dengan lancar dan semoga kita semua berpeluang untuk melancong semula ke Thailand tidak lama lagi.

 

[Sumber]: thethaiger

 

Baca: Phuket Sandbox 7+7, Pelancong Thailand Kini Boleh Berkunjung Ke 9 Buah Pusat Peranginan

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!