Coldplay 'Sponsor' Mesin Perangkap Sampah Bersihkan Sungai Malaysia );

Type to search

Backpackerz Berita

Coldplay ‘Sponsor’ Mesin Perangkap Sampah Bersihkan Sungai Malaysia

Share
coldplay

“Lights will guide you home, And ignite your bones, And I will try to fix you”.

Begitu bermakna bait lirik lagu ‘Fix You’ nyanyian kumpulan rock alternatif dari Britain yang tidak asing lagi, Coldplay.

Penulis sendiri memang meminati Coldplay sejak dibangku sekolah lagi. Biarpun tidak berpeluang menyaksikan persembahan mereka secara langsung, kugiran yang diketuai Chris Martin ini bakal menjadikan Malaysia sebagai destinasi pertamanya.

Coldplay

Hah sabar dulu… Coldplay bukan nak perform dekat sini tetapi kumpulan muzik popular ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Non-profit organization (NGO) dari Belanda, The Ocean Cleanup.

Menurut BERNAMA, Coldplay akan menjayakan usaha sama mencegah pencemaran seperti sampah sarap, sisa plastik daripada ‘menembusi’ laut.

Menerusi inisiatif projek hijau dunia, Coldplay menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” yang bakal digunakan di Malaysia.

“Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan menjelang tahun 2050. Maka sebab itulah misi The Ocean Cleanup sangat penting.

“Kami bangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum dibawa ke lautan,” jelas Coldplay dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Coldplay
Foto - The Ocean Cleanup

Jom sertai contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist. Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan BackPackerz.

Untuk sertai peraduan, korang boleh tekan link ini – Join contest Cuti-Cuti Malaysia

Coldplay


Coldplay
Foto - The Ocean Cleanup

Interceptor 005 merupakan mesin memerangkap sampah sungai kedua yang digunakan di Malaysia dan lebih menarik, Malaysia adalah negara pertama yang menerima Interceptor 005.

Direka khas untuk membendung pencemaran di 1,000 sungai paling tercemar di dunia, Interceptor 005 mampu memerangkap hingga 100 tan sampah terapung dalam sehari yang dibuang ke dalam sungai sebelum memasuki laluan ke laut.

Sejak kewujudan The Ocean Cleanup pada 2019, banyak negara telah menggunakan inisiatif mesin Interceptor untuk saluran air tercemar antaranya Vietnam, Indonesia, Republik Dominica, Amerika Syarikat, Thailand dan Jamaica.

Sebelum ini, band yang popular dengan lagu Paradise dan Yellow pernah mengumumkan akan menghentikan “tour show” mereka demi kesan jangka masa yang akan datang dalam usaha melestarikan persekitaran.

Memetik laporan World Economic Forum, biarpun kumpulan ini cukup terkenal serta mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia, Coldplay tidak berhasrat menganjurkan konsert jelajah kerana sesebuah penganjuran festival muzik menghasilkan sisa, pencemaran dan pelepasan karbon yang tinggi.

Coldplay
Pemandangan Sungai Klang, bersebelahan Masjid Bandar DiRaja Klang/Foto - The Ocean Cleanup
Coldplay
Coldplay's Chris Martin/Foto - Getty Images

Terima kasih Coldplay atas keprihatinan terhadap alam semulajadi dan sanggup menaja mesin membasmi sampah sarap di Malaysia ini.

Kalau datang Klang Royal Town, boleh roger penulis ye, kita lepak santai makan kari kepala ikan tepi Sungai Klang.

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!