Covid-19, SUKMA Johor Ditunda Ke Tahun 2022 );

Type to search

Adamedia Berita Isu Best

Covid-19, SUKMA Johor Ditunda Ke Tahun 2022

Share

Ekoran peningkatan kes wabak Covid-19 setiap hari, Sukan Malaysia (SUKMA) yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Johor pada tahun hadapan 2021 terpaksa ditunda ke tahun 2022.

Perkara ini secara rasminya diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sendiri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia sebentar tadi.

Penundaan tersebut dilakukan atas permintaan Kerajaan Negeri Johor sendiri dan mereka meminta supaya SUKMA dan Para SUKMA yang telah menjalani latihan dan bersedia untuk bermain pada 6 hingga 14 mac dan 5 hingga 10 April tahun hadapan dibatalkan kerana ketidak stabilan wabak yang melanda ini.

Perkara ini berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan banyak pihak terutama 30 ribu orang yang terlibat antaranya, atlet, jurulatih, pegawai sukarelawan, pengurusan, penyokong dan sebaginya.

Menurut Datuk Seri Reezal, beliau menyatakan dua kali penangguhan sebelum ini telah menyebabkan peningkatan kos pengurusan selain ketidaktentuan tarikh bagi SUKMA dan Para SUKMA yang menyebabkan tekanan dan kekangan pelaksanaan latihan bagi atlet negeri masing-masing.

“Sukma pada tahun 2022 sepatutnya dilakukan di kawasan Lembah Klang menurut sistem penggiliran tetapi pihak Negeri Johor ingin diberi peluang menganjurkan SUKMA pada tahun itu disebabkan mereka telah menyiapkan dan menyediakan segala persediaan dari pelbagai aspek untuk SUKMA kali ini,” tambahnya.

Sumber: HMetro, Utusan Malaysia, Johor Volleybal Association

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!