Darwin’s Arch – Runtuhnya Batu Ikonik di Kepulauan Galapagos );

Type to search

Backpackerz Berita

Darwin’s Arch – Runtuhnya Batu Ikonik di Kepulauan Galapagos

Share
darwin

Gerbang Darwin yang terkenal dan menjadi ikon pelancongan di Kepulauan Galapagos telah roboh secara tiba-tiba Isnin lalu.

Batu ikonik berkenaan yang cukup terkenal dalam kalangan penyelam, jurugambar dan pelancong kapal pesiar, dilaporkan telah runtuh oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air Ekuador.

Foto berkenaan yang tular di media sosial menunjukkan runtuhan dari bahagian lengkungan manakala dua tiang yang menahannya masih berdiri teguh.

Kejadian ini berlaku kerana kesan hakisan semula jadi yang terjadi secara tiba-tiba.

Lengkungan Darwin terbina daripada batu semula jadi yang merupakan sebahagian dari kepulauan Galapagos yang telah berkurun lamanya terbina secara semulajadi.

 

darwin

 

Kementerian dalam negeri Sepanyol melalui laman media sosialnya melaporkan, batu itu runtuh pada pukul 10 pagi waktu tempatan.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan kejadian runtuhan yang berlaku, tekan pautan ini untuk lihat video youtube.com

Kepulauan Galapagos merupakan sebahagian daripada senarai Warisan Dunia UNESCO. Galapagos terkenal dengan pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan endemik yang unik menarik.

darwin

Rata-rata penggemar fotografi dan aktiviti selam skuba berasa sedih atas apa yang telah berlaku kerana ianya merupakan simbolik di Kepulauan Galapos.

Walaubagaimanapun, dari sudut pandang saintifik, ianya merupakan sebahagian daripada proses semula jadi disebabkan kekurangan oksigen dan hakisan yang berlaku.

 

Sumber: cbsnews

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!